ALOHA KKLK

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selamat datang ke blog Aloha KKLK.

Untuk makluman para pengunjung, maklumat yang dipaparkan adalah untuk kegunaan para pelajar, kakitangan dan masyarakat setempat.

Para pengunjung juga digalakkan menyumbang sebarang artikel yang dapat memberikan manfaat kepada semua.

Jika anda berminat untuk menyumbang sebarang artikel,

sila email artikel anda di
info.kklk@yahoo.com

Tuesday, March 9, 2010

Poin Loyalti Adalah Milik Kerajaan - FOMCA

PETALING JAYA, 3 Mac (Bernama) -- Kerajaan disaran supaya mendapatkan diskaun tiket secara pukal dari syarikat penerbangan dan bukannya poin loyalti.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Muhammad Shaani Abdullah berkata kerajaan rugi "jutaan ringgit" ekoran poin loyalti dikebas oleh individu penjawat awam.

Syarikat Penerbangan memberi poin loyalti berdasarkan jarak perjalanan yang boleh ditukar dengan tiket percuma atau lain-lain hadiah.

Tanpa peraturan yang jelas, apa yang berlaku sekarang ialah poin-poin ini dikumpul atas nama individu sementara kerajaan tidak mendapat sebarang manfaat.

Muhammad Shaani berkata kerajaan merupakan antara pelanggan syarikat penerbangan terbesar kerana ribuan penjawat awam berkunjung ke setiap pelusuk dunia setiap tahun bagi menjalankan tugas mereka.

Beliau berkata pada prinsipnya, kerajaan yang merupakan "pembayar" perlu mendapatkan faedah dan bukannya pegawai kerajaan.

Beliau mencadangkan agar Ketua Setiausaha mengeluarkan pekeliling bagi mewajibkan pegawai-pegawai kerajaan berkenaan mengisytiharkan poin yang mereka perolehi dan memulangkannya semula kepada kerajaan.

Prinsip ini juga perlu diguna pakai kepada industri lain yang memberikan poin loyalti, katanya.

"Contohnya syarikat minyak memberi poin sedemikian, dan penjawat awam yang mendapat elaun petrol perlu memulangkan poin itu kepada kerajaan," katanya.

Sumber
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=479310

No comments:

Post a Comment