ALOHA KKLK

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selamat datang ke blog Aloha KKLK.

Untuk makluman para pengunjung, maklumat yang dipaparkan adalah untuk kegunaan para pelajar, kakitangan dan masyarakat setempat.

Para pengunjung juga digalakkan menyumbang sebarang artikel yang dapat memberikan manfaat kepada semua.

Jika anda berminat untuk menyumbang sebarang artikel,

sila email artikel anda di
info.kklk@yahoo.com

Wednesday, March 31, 2010

Ada Sekolah Gagal Lakukan Penarafan Kendiri Untuk Dipilih SBT

MARAN, 26 Mac (Bernama) -- Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran, Datuk Zulkifly Mohd Wazir berkata ada sekolah yang gagal melakukan penarafan kendiri bagi melayakkan mereka dipilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Beliau berkata, penarafan kendiri berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) itu penting bagi membolehkan Jemaah Nazir Sekolah menilai aktiviti bukan akademik sekolah tersebut.

Katanya, aktiviti bukan akademik termasuk kegiatan kokurikulum, pembangunan sahsiah pelajar dan hubungan dengan komuniti meliputi 30 peratus pemarkahan untuk SBT.

"Walaupun terdapat sekolah yang menepati gred purata dari segi akademik yang meliputi 70 peratus pemarkahan, namun mereka juga perlu dinilai dari segi pencapaian bukan akademik," katanya kepada pemberita selepas menutup mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Seri Jengka di sini, pada Jumaat.

Katanya, faktor tersebut merupakan antara punca kegagalan sekolah cemerlang di beberapa negeri dipilih sebagai SBT.

Bagaimanapun, katanya, sekolah-sekolah terbabit masih boleh tersenarai sebagai SBT dengan menitikberatkan pencapaian akademik dan bukan akademik.

Katanya, kementerian mensasarkan 100 buah SBT menjelang 2012 ini.

Terdahulu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, PIBG kini mempunyai peranan yang lebih besar dalam membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar dan pengurusan sekolah untuk dinobatkan sebagai SBT.

Dalam teks ucapannya yang dibacakan Zulkifly, Mohd Puad berkata, PIBG perlu berganding bahu dengan pihak sekolah dalam merencana hala tuju dan matlamat sekolah ke arah kecemerlangan pendidikan.

"PIBG juga dapat menjadi pemangkin kepada terjalinnya hubungan rapat dengan jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan dalam usaha mewujudkan pemuafakatan dan perkongsian bestari," katanya.

Sumber

No comments:

Post a Comment