ALOHA KKLK

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selamat datang ke blog Aloha KKLK.

Untuk makluman para pengunjung, maklumat yang dipaparkan adalah untuk kegunaan para pelajar, kakitangan dan masyarakat setempat.

Para pengunjung juga digalakkan menyumbang sebarang artikel yang dapat memberikan manfaat kepada semua.

Jika anda berminat untuk menyumbang sebarang artikel,

sila email artikel anda di
info.kklk@yahoo.com

Friday, February 26, 2010

GOVT says 'no’ to 90-day maternity leave

Ministry satisfied with current provisions, has no immediate plan to amend Employment Act
 
preggy
ON A MISSION: Nube plans to collect a million signatures to support the amendment
 
PETALING JAYA: The Human Resources Ministry has no plans to increase the maternity leave period to 90 days. 
 
Its minister, Datuk Dr S Subramaniam, yesterday told The Malay Mail that there were no immediate plans to amend the Employment Act 1955 to increase the maternity leave from 60 to 90 days for workers from the private andpublic sectors.

“So far, the  existinglaw is working fine and we don’t  really have any problems with it. And there is no need for an immediate amendment.However, I am aware of the criticism that we need to streamline with other countries.”

He was commenting on the memorandum planned by the National Union of Bank Employees (Nube) urging the ministry to match the practicein other Asean countries to ensure that women fully recovered aft er their delivery, given the multi-tasking that they are presently subjected to.

Subramanian said it was Nube’s right to criticise and did not discount the possibility that the ministry could review the proposal.

Noting that the Nube memorandum aims to collect a million signatures to support the amendment to the Act, Subramaniam believed any relevant opinions have to be taken into account so that necessary changes could be made.

“We would be happy to review the memorandumby the union. I understand that some working women have a slower recovery rate  compared with others. In some situations, some women need an additional 30 days to recover.

“Since the law states that they be given 60 days maternity leave, they need to take additional leave on their own. But the ministry will definitely review the memorandum and amendwhat needs to be amended.”

Nube secretary J. Solomon had reportedly said that Singapore provided 112 days of maternity leave while Thailand, Cambodia, Indonesia  and the Philippines provided 90 days.

He said that women today juggle a full-time and demanding job and that they take full responsibility for the health, growth and development of children, which contributes towards nation-building.

He added the union would be seeking to discuss the matter with Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Source

KPT umumkan tiga Politeknik Premier

PUTRAJAYA - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengumumkan tiga Politeknik Premier ke arah memartabatkan institusi pengajian tinggi dalam negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiga politeknik tersebut menjadi asas kepada penubuhan Universiti Politeknik dalam fasa keempat perancangan kementerian itu pada 2015.

“Universiti Politeknik ini akan membolehkan pelajar mengikuti pendidikan teknik dan vokasional di peringkat pasca menengah dan tinggi di bawah satu sistem politeknik," katanya semasa melancarkan Pelan Transformasi Politeknik, semalam.

Ketua Pengarah, Jabatan Pengajian Politeknik KPT, Datuk Imran Idris mengumumkan tiga politeknik yang dinaik taraf sebagai Politeknik Premier iaitu Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Politeknik Ungku Omar, Ipoh dan Politeknik Johor Bahru.

Sementara itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pemilihan ketiga-tiga politeknik itu berdasarkan kriteria ditetapkan panel penilaian.

Sumber
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6865551.asp

Polytechnic upgrade under way

By RICHARD LIM

PUTRAJAYA: Malaysian polytechnics are a step closer to shedding their image of being a “dumping ground” for students who do not make the cut for entry into colleges and universities.

Three of the institutions were upgraded by the Government to premier polytechnic status and there are plans to upgrade others further to university level by 2015.

The premier polytechnics are Malaysia’s first polytechnic Politeknik Ungku Omar in Ipoh (Perak), Politeknik Salahuddin Abdul Aziz Shah in Shah Alam (Selangor) and Politeknik Johor Baru (Johor).

The upgrade sets the momentum for polytechnics nationwide to undergo a major revamp under the Higher Education Ministry’s Polytechnic Transformation Plan.

As part of the transformation plan, the three institutions will be granted high levels of autonomy and their focus would be in areas that support the service industry.

The plan was launched here yesterday by Deputy Prime Minis­ter Tan Sri Muhyiddin Yassin, who said that it was part of the Govern­ment’s effort to transform Malay­sia’s education system from pre-school to higher education.

“I believe this plan is an important effort to improve the quality of vocational and technical education in Malaysia,” he said in his speech.

Muhyiddin added that with the national economy becoming more service-based, polytechnic programmes must address the changes by offering courses in areas such as digital animation, design, finance and nanotechnology.

Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said that certificate-level courses would no longer be offered from the July 2010 intake as part of moves to improve the quality and image of polytechnics.

Mohamed Khaled added that the transformation plan aimed to make polytechnics a preferred choice for students.

To uphold quality, premier poly­technics would be benchmarked against renowned technical institutions such as the Faschoschule in Germany and its counterparts in Austria, Sweden, Finland, Norway and France.

Source

Universiti Politeknik menjelang tahun 2015

PUTRAJAYA 25 Feb. - Kerajaan menyasarkan penubuhan sebuah Universiti Politeknik menjelang 2015 sejajar dengan langkah transformasi menjadikan politeknik peneraju pendidikan vokasional dan teknik di negara ini. 

Serentak itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiga buah politeknik perintis dinaik taraf sebagai Politeknik Premier iaitu Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Politeknik Ungku Omar, Ipoh dan Politeknik Johor Bahru. 

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Politeknik Premier yang akan ditambah jumlahnya pada masa depan dijadikan asas kepada penubuhan universiti politeknik. 

Kata beliau, penubuhan universiti itu akan meletakkan pendidikan teknik dan vokasional di peringkat pasca menengah dan tinggi di bawah satu bumbung tanpa para pelajarnya perlu menyambung pengajian ke institusi lain.

''Dengan menawarkan pakej pendidikan di peringkat diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda, sistem politeknik pastinya akan menarik minat pelajar-pelajar terbaik di negara ini.

''Ia kerana bidang vokasional dan teknikal bertambah penting selaras dengan Model Ekonomi Baru yang memerlukan kepakaran lebih tinggi dan menguasai bidang-bidang baru," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Transformasi Politeknik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini 

Hadir sama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kurikulum pelajaran vokasional dan teknik di sekolah-sekolah menengah juga akan diteliti semula bagi menjayakan proses transformasi bidang kemahiran tersebut.

Beliau yang menyarankan proses inovasi dilakukan kepada sistem politeknik berkata, institusi kemahiran itu perlu menawarkan laluan pendidikan tinggi yang lebih singkat. 

''Ini sekali gus menjadikan politeknik sebagai institusi pilihan utama bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian ke universiti-universiti teknikal di negara ini.

''Ia boleh dikembangkan dengan memberikan pengecualian kredit kepada lepasan sekolah menengah yang memasuki politeknik," katanya.

Selain itu, Muhyiddin berkata, bidang dan program yang ditawarkan oleh politeknik harus selaras dengan perubahan semasa antaranya mempergiatkan kursus animasi digital, reka bentuk, insurans dan kewangan.

''Bidang-bidang baru seperti bioteknologi dan nano-teknologi juga perlu dibangunkan sebagai jurusan kepakaran politeknik," katanya.

Sumber

Kerenah guru enggan mengajar di pedalaman tidak boleh dilayan

Oleh Mohamad Muda

KEMENTERIAN Pelajaran mungkin tidak membuat cadangan mewajibkan guru baru bertugas di pedalaman selama tiga tahun jika golongan itu sejak awal lagi menyedari tanggungjawab, amanah yang perlu dilaksana serta menjadikan perkhidmatan sebagai keutamaan. Tetapi apa yang berlaku, ada guru baru enggan bertugas di sekolah luar bandar atau pedalaman. Ini bukan isu baru sebaliknya sejak berdekad lalu hingga menyebabkan murid di kawasan itu menjadi mangsa dan tercicir dalam pelajaran kerana kekurangan guru terlatih.

Sehubungan itu, cadangan Kementerian Pelajaran dilihat wajar dilaksanakan. Seperti kata Timbalan Menterinya, Dr Puad Zarkashi, baru-baru ini, pihaknya tidak akan menempatkan guru baru di bandar atau berhampiran tempat tinggal seperti sekarang.

Laporan akhbar yang memetik beliau sebagai berkata, biar mereka tahu bagaimana pengalaman bekerja sebagai pendidik terutama di pedalaman yang kadang kala memerlukan kesabaran berikutan kesukaran hidup di kawasan itu.

Malah, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) sejak awal lagi mencadangkan perkara sama bagi mengatasi kekurangan tenaga pengajar di pedalaman. Cadangan kementerian jika dilaksanakan disifatkan antara langkah terbaik membendung masalah guru enggan bertugas di pedalaman yang kini dilihat gejala baru dalam sistem perkhidmatan berkenaan.

Sesetengahnya dikatakan berusaha gigih bukan bagi memberi perkhidmatan terbaik, tetapi menggunakan saluran tertentu atau orang berpengaruh supaya tidak ditempatkan di kawasan terbabit atau merayu pertukaran.
Dalam hal ini, dipercayai ia berpunca segelintir guru bersikap ‘pentingkan diri’ hingga menjadikan suasananya seperti kata peribahasa ‘kerana nila setitik rosak susu sebelanga’ serta mendorong orang lain tidak berhasrat berbuat demikian akhirnya turut melakukan perkara sama.

Hakikatnya, sebahagian besar guru baru ditempatkan di luar bandar atau pedalaman tidak bersikap demikian sebaliknya berusaha sedaya mampu menjalankan tanggungjawab diamanah selaras dengan niat mahu mendidik anak bangsa.

Menghadapi pelbagai masalah peribadi termasuk berjauhan dengan isteri mahupun suami baru saja dinikahi, demikian kenyataan dilalui beberapa guru dari Semenanjung dan Sabah yang sempat ditemui penulis di beberapa sekolah rendah di pedalaman daerah Tatau di utara Sarawak, baru-baru ini.

Madah menyebut guru ibarat lilin - membakar diri demi menerangi orang lain, amat berasas kerana mereka langsung tidak menjadikan kekurangan infrastruktur, kesukaran atau ketidakselesaan hidup di pedalaman sebagai penghalang tugas.
“Jika saya tidak ke sini, guru lain pun tidak mahu datang. Soalannya mudah - siapa yang akan mengajar di luar bandar atau pedalaman? Pada hal kita tahu bahawa murid di sini juga perlukan pendidikan sewajarnya.

“Bagi saya sebagai guru diberi tanggungjawab dan amanah mendidik anak bangsa, pelbagai kesukaran dihadapi tidak harus dijadikan penghalang, sebaliknya anggap ia cabaran dalam mematangkan diri.

“Tempat tidak seharusnya jadi keutamaan kerana sememangnya apabila dinamakan luar bandar atau pedalaman sifatnya tetap sama - banyak kekurangan berbanding bandar atau pekan. Yang penting, tunaikan janji sanggup berkhidmat di mana saja,” kata guru Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Penyarai, Hulu Kakus dekat Tatau, Ahmad Rusmainey Borhan, 25.

Guru lulusan Ijazah Pendidikan Sekolah Rendah, Universiti Pendidikan Sultan Idris yang mengajar di sekolah kategori ‘Pedalaman Tiga’ sejak awal bulan lalu itu berkata, sama ada di bandar atau luar bandar, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.

Sambil menjelaskan terpulang kepada niat, beliau berkata, segala masalah dihadapi sepatutnya dijadikan cabaran terutama bagi perantau, bukannya alasan tidak menjalankan tanggungjawab hakiki memberi pendidikan terbaik.

Ahmad Rusmainey berasal dari Banting, Selangor berkata, beliau dan beberapa guru negeri lain, termasuk enam wanita dari Semenanjung tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang berkhidmat di sekolah itu.

“Selepas sampai di sini dan melihat persekitaran, saya hairan kenapa ada guru enggan mengajar di Sarawak lebih-lebih lagi di pedalaman. Walaupun jauh, keadaan di sini sekarang banyak berubah, malah terbaik berdasarkan status pedalaman. Guru yang enggan ke pedalaman, bagi saya mereka dalam kerugian kerana tidak dapat mengecapi kehidupan masyarakat setempat apatah lagi menimba pengalaman baru yang tidak ternilai.

“Lagi pun, kita tidak selama-lamanya mengajar di pedalaman. Saya percaya setahun dua atau tiba masanya akan ditukarkan ke tempat lain. Jadi, sementara masih belum ada tanggungjawab lain, apa salahnya kita timba pengalaman hidup di perantauan,” katanya yang sejak awal lagi memohon ditempatkan di pedalaman Sarawak.

Kenyataan Ahmad Rusmainey yang turut menyifatkan SK Nanga Penyarai dan kawasan sekitarnya antara terbaik berbanding pedalaman lain diketahuinya berasas kerana kini ada pelbagai kemudahan di sekolah berkenaan, termasuk rumah guru dengan bekalan elektrik 24 jam. Sekolah itu dipasang parabola untuk warganya mengakses internet bagi mengetahui perkembangan semasa dunia luar selain mendengar berita dan maklumat terkini serta sumber hiburan menerusi pelbagai saluran Astro.

Untuk mendapat bekalan makanan, mereka menaiki bot antara satu setengah hingga dua jam ke pekan kecil terdekat iaitu Sangan Iban jika tidak mahu menggunakan kenderaan darat melalui jalan balak. Jika tidak ke Sangan Iban, mereka ke Tatau yang menjadi pusat pentadbiran daerah hanya kira-kira 30 minit menaiki kenderaan darat.

Berbanding hampir tiga dekad lalu, ketika itu penulis mengajar di SK Rumah Barrau terletak kira-kira dua jam setengah perjalanan bot dari SK Nanga Penyarai menyusuri sungai berbeza, dari pekan Tatau ke Sangan Iban saja atau sebaliknya mengambil masa kira-kira dua jam setengah. Dua tahun di sekolah itu mulai 1982, bukan saja tiada bekalan elektrik, malah banyak kesukaran lain. Jika ada pun menumpang rumah panjang berdekatan yang menggunakan generator mulai jam 6.30 petang hingga 9 malam saja.

Kini semua sekolah di pedalaman Tatau boleh dikatakan mengalami perubahan termasuk disediakan pengangkutan iaitu bot panjang dengan enjin 30 kuasa kuda. Lebih mengejutkan tiada lagi mandi di sungai kerana airnya disedut ke rumah atau tempat khas.

Terdahulu ketika singgah di SK Keseng yang dikategorikan ‘Pedalaman Dua’ terletak ke hilir kira-kira satu jam setengah perjalanan bot dari SK Nanga Penyarai, sekolah itu nampak ceria dengan pelbagai pembaharuan dan kemudahan. Kedudukannya cuma setengah jam menaiki bot jika tidak mahu menggunakan jalan balak ke Sangan Iban, seterusnya menaiki kereta ke Tatau atau Bintulu.

Seorang gurunya, Subry Jaafar, 29, berkata beliau tidak lagi bimbang seperti dirasai ketika menerima surat penempatan ke pedalaman Sarawak selepas hampir dua bulan mengajar di sekolah itu. “Kebimbangan ini berpunca tidak mendapat gambaran sebenar mengenai tempat mengajar. Selepas seminggu, saya dapat menerima hakikat dan membiasakan serta menyesuai diri dengan keadaan setempat. Dengan bantuan rakan setugas serta sokongan pentadbir sekolah khususnya guru besar, saya tidak menghadapi masalah menjalankan tugas.

“Matlamat saya kini tiada lain melainkan menjalankan tugas diamanahkan dengan rasa tanggungjawab dan penuh dedikasi,” kata lulusan Universiti Putra Malaysia yang mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Ipoh itu.

Walaupun sedih kerana terpaksa berpisah dengan keluarga, terutama isteri yang kini mengandung anak pertama di Melaka, Subry berasal dari Pasir Mas, Kelantan berkata, jarak tidak menghalang beliau menelefon mereka setiap hari.

Rakannya, Abdul Mutalib Simah, 28, dari Sabah pula seronok mengajar di sekolah itu kerana mempunyai pelbagai kemudahan sesuai dengan keadaan tempatnya untuk menyumbang bakti.

“Saya tidak terasa sangat apabila ditempatkan di sekolah ini kerana sudah biasa merantau dan menganggap ia pengalaman baru. Matlamat saya sekarang menumpukan tugas, tambahan murid-murid di sini berpotensi maju,” kata lulusan Universiti Utara Malaysia dan KPLI di IPGM Kampus Pulau Pinang itu yang turut bertekad membantu membangunkan pendidikan sukan kerana muridnya berpotensi dalam olah raga dan renang.

Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan itu turut menasihatkan guru yang ditempatkan ke pedalaman Sarawak jangan bimbang dengan cerita didengar, sebaliknya meminta mereka melapor diri dulu dan menilai sendiri keadaan sebenar.

Beberapa orang daripada enam guru wanita dari Semenanjung yang mengajar di sekolah itu sejak setahun lalu ketika disapa sambil tersenyum berkata: “Di sini ok, datang dulu... baru tahu.” 
 
68 SMT ditukar jadi SMV tahun depan

PENSIANGAN 25 Feb. - Mulai tahun depan sebanyak 68 daripada 87 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) di seluruh negara akan distruktur semula menjadi Sekolah Menengah Vokasional (SMV).

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, keputusan mengenai perkara itu sedang dibincang di peringkat akhir dan akan diumum dalam masa terdekat.

"Setakat ini (kita) sudah bersetuju (melalui) di peringkat pasca Kabinet. Keputusan akan diumumkan dalam tahun ini dan langkah itu akan dimulakan di seluruh negara pada tahun depan.

"Keputusan ini dibuat bagi memenuhi pasaran kerja masa kini yang lebih mengutamakan sijil kemahiran. Jadi langkah kita memperkasa bidang vokasional adalah tepat," katanya.

Mohd. Puad berkata demikian kepada pemberita ketika melawat Sekolah Kebangsaan Saliliran, kira-kira dua jam perjalanan menaiki bot dan tujuh jam berjalan kaki dari sini, semalam.

Sekolah itu adalah sekolah terakhir dalam siri lawatannya ke enam buah sekolah pendalaman di daerah ini selama tiga hari berturut-turut.

Beliau berkata, bagi memantapkan lagi langkah itu, pihaknya akan melawat Finland tidak lama lagi berikutan kemajuan negara tersebut dalam bidang vokasional di peringkat sekolah.

Mengenai langkah kementerian yang mula menyerap lebihan guru bahasa Inggeris di sekolah bandar ke kawasan luar bandar, beliau meminta warga pendidik menerima keputusan itu dengan hati terbuka.

Mohd. Puad berkata, pihaknya memang ada menerima rungutan atau rasa tidak puas hati sebilangan guru dengan keputusan tersebut tetapi berharap mereka tidak mempersoalkannya.

Jelasnya, langkah tersebut adalah terbaik dan untuk jangka masa panjang bagi mengatasi masalah kekurangan guru bahasa Inggeris yang begitu kritikal sebelum ini di sekolah luar bandar.

Mengenai lawatannya, Mohd. Puad berkata, kementerian akan menyelesaikan masalah sekolah-sekolah pedalaman di daerah ini seperti ketiadaan kemudahan asrama dan rumah guru.

Tambahnya, begitu juga dengan masalah lain seperti kekurangan bilik darjah, ketiadaan kemudahan asas seperti air dan elektrik termasuk ketiadaan sekolah menengah di satu-satu kawasan.

Sumber

Universiti politeknik ditubuh 2015

bhnews@bharian.com.my
  
PUTRAJAYA: Tiga politeknik semalam menerima taraf premier yang menjadi asas ke arah penubuhan Universiti Politeknik menjelang 2015. 
Politeknik itu ialah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor; Politeknik Ungku Omar, Perak dan Politeknik Johor Bahru, Johor.

Watikah Politeknik Premier itu disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada majlis pelancaran Pelan Transformasi Politeknik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Politeknik Premier itu berperanan menjalankan program dalam bidang tujahan, selain mempelopori usaha menawarkan program pengajian berbentuk teknikal kepada pelajar antarabangsa, terutama di kalangan negara membangun.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata transformasi berkenaan boleh dijayakan melalui inovasi sistematik bagi menambah nilai kepada proses dan keberhasilan pendidikan serta latihan politeknik.

Sehubungan itu, katanya, penubuhan Universiti Politeknik akan menjadi pelengkap kepada pendidikan vokasional dan teknik di peringkat pengajian tinggi.

"Universiti Politeknik ini akan membolehkan pelajar mengikuti pendidikan teknik dan vokasional di peringkat pasca menengah dan tinggi di bawah satu sistem politeknik tanpa perlu menyambung pengajian ke institusi lain," katanya.

Beliau berkata, pendidikan aliran itu dapat melahirkan modal insan berkemahiran tinggi, sekali gus menjadi penyumbang kepada penjanaan kekayaan baru negara.

“Peningkatan kualiti pendidikan berteraskan kemahiran mesti diperkasakan dan dijadikan agenda utama dalam memenuhi keperluan modal insan negara,” katanya.

Muhyiddin berkata, inovasi dalam pengurusan pendidikan politeknik selain mampu menarik minat pelajar terbaik mengikuti pendidikan vokasional dan teknik, ia juga boleh dikembangkan dengan memberi pengecualian kredit kepada pelajar lepasan sekolah menengah yang memasuki politeknik.

"Langkah menawarkan pengecualian kredit seperti diamalkan ketika ini akan membolehkan lulusan politeknik mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam tempoh lebih singkat.

"Ini akan menjadikan politeknik sebagai institusi pilihan utama pelajar yang berhasrat mengikuti pengajian di universiti teknikal," katanya.

Sementara itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin, berkata lebih banyak Politeknik Premier akan dipilih pada masa depan jika memenuhi kriteria kecemerlangan yang ditetapkan.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada Politeknik Premier terbabit akan dinaik taraf sebagai Universiti Politeknik kerana ia bergantung kepada pencapaian semua politeknik itu menjelang 2015.

"Tumpuan utama kementerian ketika ini untuk meningkatkan jumlah kemasukan di peringkat diploma di semua 27 politeknik daripada 60,840 orang pada 2009 kepada 87,440 orang pada 2012.

"Pengambilan bagi program tertentu peringkat sijil pula tidak lagi ditawarkan mulai sesi Julai 2010, sebaliknya akan ditawarkan di mana-mana institusi di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia," katanya.

Sumber
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Nasional/20100225235038/Article/index_html

Polytechnics to become varsities

Minderjeet Kaur

PUTRAJAYA: After colleges and teachers’ training institutes, polytechnics are to be turned into universities soon.
Three polytechnics in Selangor, Perak and Johor were yesterday named as the country’s premier vocational institutions and will be turned into polytechnic universities in five years.

They are Politeknik Sultan Salahuhuddin Abdul Aziz Shah in Selangor, Politeknik Ungku Omar in Perak and Politeknik Johor Baru.

These polytechnics will add to the 20 public universities and some 40 private universities in the country.

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, who is also education minister, said the move was to improve the status of polytechnics and attract students with good grades to do degree courses.

He said niche courses such as biotechnology and nano technology should be introduced to attract these students.

He said at present, students with lower grades or those who did not want to continue their education in universities, registered at vocational institutes or polytechnics.

“These places should not be the second or third choice for weak students. I hope by offering degree courses, students who have the potential will join them,” he said after launching the Transformation of Polytechnics programme here yesterday.

There are now 27 polytechnics with 86,000 full-time students. The first polytechnic was set up in 1969 and 300,000 students have benefited.

Muhyiddin said most countries were offering degree-level courses in vocational studies.

“These are becoming important.
For our country’s new economic model, we need manpower specialised in new areas.” Higher Education Minister Datuk Seri Khalid Nordin said the transformation plan would change the way people viewed polytechnics.

“We want them to be an alternative to other public universities. It should be competitive.” Khalid said the ministry was planning to introduce twinning programmes with local and foreign universities to expand the courses taught at polytechnics.

He hoped this would lead to at least 34 per cent of polytechnic students holding master’s degrees or PhDs.

“We are hoping to kick-start the transformation with the premier polytechnics. In time, there will be more and more premier polytechnics to help the country meet its needs.”

Source

3 politeknik premier

Oleh Azrina Ahzan

MUHYIDDIN menerima buku Hala Tuju Tranformasi Politeknik daripada Mohamed Khaled pada majlis pelancaran Tranformasi Politeknik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya sambil diperhatikan Saifuddin (kiri).
Universiti politeknik ditubuh 2015: Taraf premier pelopori usaha tawar pengajian teknikal kepada pelajar antarabangsa

PUTRAJAYA: Tiga politeknik semalam menerima taraf premier yang menjadi asas ke arah penubuhan universiti politeknik menjelang 2015.

Politeknik itu ialah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor; Politeknik Ungku Omar, Perak dan Politeknik Johor Bahru, Johor.

Watikah Politeknik Premier itu disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada majlis pelancaran Pelan Transformasi Politeknik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Politeknik Premier itu berperanan menjalankan program dalam bidang tujahan, selain mempelopori usaha menawarkan program pengajian berbentuk teknikal kepada pelajar antarabangsa, terutama di kalangan negara membangun.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata transformasi berkenaan boleh dijayakan melalui inovasi sistematik bagi menambah nilai kepada proses dan keberhasilan pendidikan serta latihan politeknik.

Sehubungan itu, katanya, penubuhan universiti politeknik akan menjadi pelengkap kepada pendidikan vokasional dan teknik di peringkat pengajian tinggi.

"Universiti politeknik ini akan membolehkan pelajar mengikuti pendidikan teknik dan vokasional di peringkat pasca menengah dan tinggi di bawah satu sistem politeknik tanpa perlu menyambung pengajian ke institusi lain," katanya.

Beliau berkata, pendidikan aliran itu dapat melahirkan modal insan berkemahiran tinggi, sekali gus menjadi penyumbang kepada penjanaan kekayaan baru negara.
“Peningkatan kualiti pendidikan berteraskan kemahiran mesti diperkasakan dan dijadikan agenda utama dalam memenuhi keperluan modal insan negara,” katanya.

Muhyiddin berkata, inovasi dalam pengurusan pendidikan politeknik selain mampu menarik minat pelajar terbaik mengikuti pendidikan vokasional dan teknik, ia juga boleh dikembangkan dengan memberi pengecualian kredit kepada pelajar lepasan sekolah menengah yang memasuki politeknik.

"Langkah menawarkan pengecualian kredit seperti diamalkan ketika ini akan membolehkan lulusan politeknik mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam tempoh lebih singkat.

"Ini akan menjadikan politeknik sebagai institusi pilihan utama pelajar yang berhasrat mengikuti pengajian di universiti teknikal," katanya.

Sementara itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin, berkata lebih banyak Politeknik Premier akan dipilih pada masa depan jika memenuhi kriteria kecemerlangan yang ditetapkan.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada Politeknik Premier terbabit akan dinaik taraf sebagai universiti politeknik kerana ia bergantung kepada pencapaian semua politeknik itu menjelang 2015.

"Tumpuan utama kementerian ketika ini untuk meningkatkan jumlah kemasukan di peringkat diploma di semua 27 politeknik daripada 60,840 orang pada 2009 kepada 87,440 orang pada 2012. 

Sumber

Malaysia's three premier polytechnics named

By RICHARD LIM

PUTRAJAYA: The much-awaited announcement has finally arrived and three polytechnics have been selected as the nation’s premier polytechnics.

The three institutions chosen are Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah in Shah Alam (Selangor), Politeknik Ungku Omar in Ipoh (Perak) and Politeknik Johor Baru (Johor).

Higher Education Ministry director-general Datuk Imran Idris made the brief announcement after Deputy Prime Minister and Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin launched the ministry's Polytechnic Transformation Plan.

The event bearing the tagline “Transforming Lives” is part of a grander scheme to restore public confidence in local polytechnics.

The three premier polytechnics are said to focus on technical programmes in niche fields which address the needs of the services industry.

A press statement by the ministry read that with the green light to enrol foreign students in the near future, it is hoped that premier polytechnics will foster the internationalisation of local knowledge, innovation and technology applications to other countries – especially in developing nations.

Centres of technology which serve as hubs of reference, research and international collaboration will also be established in the premier polytechnics.

To ensure that quality is upheld, the premier polytechnics will be benchmarked against renowned technical institutions such as the Faschoschule in Germany, Austria, Sweden, Finland, Norway and France.

The ministry has also introduced a “star rating system” which identifies the strengths and weaknesses of polytechnics.

The transformation plan will also see the ministry upgrading the enrolment capacity of polytechnics.

Many courses which cater to the needs of the services industry are in the pipeline and the ministry is targeting a polytechnic enrolment of 119, 000 students by 2015 through this initiative.

To upgrade the quality of polytechnics, diploma and higher diploma programmes will be given priority and certificate-level courses will no longer be offered from the July 2010 academic intake.

The ministry has targeted an increase of diploma students to 87, 440 in 2012 – a 30% increase from the 2009 figure of 60, 840.

The transformation plan will also benefit the academic staff in polytechnics.

It has been targeted that 34% of polytechnic teaching staff should receive at least a basic degree in their field of specialisation.

The need to transform the local polytechnic landscape was first announced by Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin in his New Year’s address to his staff on Jan 12.

Mohamed Khaled, who was also present at the event said in his speech that the transformation plan is to make polytechnics the preferred choice of students – not a “second chance route” which is commonly perceived now.

Source

Politeknik sebagai institusi pilihan

PENUBUHAN Politeknik Ungku Omar di Ipoh, Perak pada 1969 menjadi titik awal permulaan pendidikan berasaskan kemahiran di negara ini. Ketika itu, politeknik berkenaan menumpukan kepada beberapa bidang pengajian. Antaranya kursus juruteknik, perakaunan, teknologi galian, perancang bandar dan kampung, pengajian tanah dan trengkas. 

Perpindahan ekonomi negara daripada berasaskan pertanian kepada perindustrian turut melonjakkan permintaan untuk mengikuti pendidikan di politeknik. Perkara ini menyaksikan perkembangan pantas cabang pendidikan teknikal itu yang kini berjumlah 27 buah di seluruh negara. 

Sejak ditubuhkan, politeknik telah melahirkan seramai 305,900 pelajar di peringkat diploma dan sijil dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan. Seramai 86,430 pelajar pula sedang mengikuti pelbagai kursus ketika ini. Penambahbaikan juga dapat dilihat dari sudut penawaran kursus yang sesuai dengan pembangunan industri negara. Politeknik ketika ini menawarkan satu program diploma lanjutan berasaskan Work Based Learning, 49 program diploma, 37 program diploma pasca sijil dan 12 program asas bagi lepasan sijil kolej komuniti. Kursus lain yang ditawarkan adalah 20 program sijil politeknik dan lima sijil kemahiran khas untuk golongan orang kurang upaya (OKU). 

Secara asasnya, transformasi itu menunjukkan wujudnya usaha bersungguh-sungguh untuk mengekalkan kredibiliti politeknik sebagai gedung melahirkan tenaga pakar dalam bidang-bidang khusus. Namun perlu diakui, pusaran globalisasi yang begitu pantas ketika ini menuntut satu pembaharuan politeknik yang lebih besar daripada pelbagai sudut. Apatah lagi politeknik juga perlu bersaing dengan sekian banyak institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/S) yang jika diukur daripada prestijnya adalah lebih tinggi. Hala Tuju Transformasi Politeknik seperti yang dilancarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi hari ini misalnya, adalah salah satu usaha ke arah pembangunan cabang pendidikan itu. 

Pelan ini menetapkan bahawa politeknik perlu diperkasakan dengan imej baru supaya ia mampu bersaing dan menjadi institusi pilihan utama di kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Di samping itu, hala tuju baru itu juga bertujuan melahirkan mahasiswa politeknik yang mempunyai kemahiran kebolehdayaan diambil bekerja serta daya keusahawanan yang tinggi. Paling penting, hala tuju itu diharapkan dapat mengubah persepsi masyarakat awam terhadap pengajian di politeknik supaya lebih yakin dan positif. 

Agenda transformasi itu secara keseluruhannya menuntut sekurang-kurangnya satu politeknik diiktiraf sebagai pemaju pendidikan latihan teknik dan vokasional di peringkat serantau. Sasaran itu disandarkan kepada Politeknik Premier selaku institusi ikon kepada keseluruhan sistem pendidikan dan latihan di politeknik. Politeknik yang terpilih sebagai Politeknik Premier akan mengalami pembangunan yang holistik dan menerajui kecemerlangan politeknik. 

Penganugerahan Politeknik Premier bukan pengukur dalam penentuan kedudukan (ranking) keseluruhan politeknik di Malaysia. Ia memberi gambaran bahawa politeknik tersebut mempunyai potensi untuk mampu mencapai objektif agenda transformasi pada kadar yang paling pantas dengan penglibatan pelbagai pihak seperti pelajar dan kakitangan serta bantuan dan sokongan daripada semua pihak berkepentingan.
Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Politeknik Premier ini mempunyai sistem pengurusan dan keupayaan sumber manusia berdaya saing dengan ciri-ciri kecemerlangan yang mampu mengubah paradigma politeknik masa kini. Ia merupakan pemangkin kepada keseluruhan perubahan sistem pendidikan dan latihan politeknik di Malaysia. 

''Politeknik Premier ini diharapkan menyumbang kepada penghasilan pekerja berpengetahuan dan berkemahiran tinggi selaras dengan hasrat kerajaan membangun dalam model ekonomi berteraskan inovasi," katanya. 

Di samping itu, Politeknik Premier juga dituntut untuk memenuhi sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Transformasi Politeknik. Ia perlu mencapai beberapa score touch yang khusus untuk kekal bergelar Premier dalam masa tiga tahun. Pertimbangan bagi permohonan projek di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh akan dikemukakan untuk pelaksanaan program kecemerlangan yang dipercepatkan atau Accelerated Programmes for Excellence.
 
Politeknik yang dipilih untuk diberi suntikan program sebegini merupakan politeknik yang mempunyai potensi untuk berkembang dengan cepat dan diyakini mampu mencapai objektif transformasi politeknik. 

Konsep pembangunan model Politeknik Premier berasaskan kepada pembangunan politeknik yang holistik dan seimbang bertunjangkan dimensi asas iaitu Pelajar; Sumber Manusia; Program; Institusi, Struktur dan Tadbir Urus serta Perhubungan dengan Industri. Kelima-lima dimensi itu menjadi asas kepada pembentukan institusi yang mampu menjana satu generasi pekerja dinamik dan progresif. 

Penubuhan Politeknik Premier itu penting bagi memastikan kelestarian penghasilan modal insan negara. Sudah semestinya, Politeknik Premier itu membawa impak langsung kepada keseluruhan sistem pendidikan dan latihan di politeknik dari beberapa sudut. Antaranya, ia akan melonjakkan imej politeknik sebagai sebuah institusi yang dinamik, responsif dan seiring dengan kehendak persekitaran. Ia juga akan mewujudkan keanjalan dalam pelaksanaan dan pengendalian tadbir urus bagi menjadikan institusi politeknik sebagai sebuah institusi yang mesra pelanggan. Di samping itu, ia juga akan memberi tumpuan kepada penyampaian pendidikan dan latihan yang berkualiti tinggi serta aktiviti penyelidikan yang boleh memberikan impak besar kepada pembangunan institusi dan industri.

Sumber

Kredit bagi kokurikulum lebih 40 jam

RAWANG 24 Feb. - Mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang aktif dan melakukan kerja-kerja kokurikulum melebihi 40 jam akan diberikan kredit pada pencapaian akademik masing-masing.
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Rujhan Mustafa berkata, ia bagi membolehkan mereka yang aktif mendapat imbuhan sewajarnya.

"Ini melibatkan lapan bidang utama antara lain termasuk pengucapan awam, sukan, keusahawanan, kepimpinan, kebudayaan, khidmat komuniti serta kreativiti dan inovasi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas membacakan teks ucapan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di majlis penyerahan kenderaan Perodua Eco-Challenge di sini, hari ini.
Pada majlis tersebut, Perodua turut menyerahkan 12 unit kereta Viva 1.0 liter manual dan automatik kepada 12 peserta terpilih.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengarah Urusan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua), Aminar Rashid Salleh.

Rujhan berkata, sehingga kini terdapat 970 program gerak kerja luar yang dibangunkan di pusat pengajian tinggi awam dan 270 daripadanya diiktiraf untuk diberikan kredit.

Menurutnya, inisiatif syarikat seperti Perodua dalam menganjurkan pertandingan Eco-Challenge bukan sahaja memberi manfaat kepada mahasiswa malah mengukuhkan lagi kolaborasi antara industri dengan universiti tempatan.

Buat masa ini kata beliau, terdapat 14 fakulti kejuruteraan di IPTA dengan empat daripadanya berkaitan dengan mekanikal automotif.

"Tentu sahaja melalui idea, kerjasama dan kerja berpasukan, kita mampu melahirkan bakat-bakat muda yang inovatif lagi kreatif," katanya.

Pada ucapan yang dibacakan, Mohamed Khaled menyeru lebih banyak syarikat menganjurkan pelbagai program berkaitan sebagai salah satu tanggungjawab korporat.

Sementara itu, Aminar Rashid berkata, selain sebuah kenderaan, pihaknya turut memberikan RM10,000 untuk setiap peserta bagi tujuan pengubahsuaian kejuruteraan dan reka bentuk.

Tahun ini 27 institusi dijemput untuk menyertai pertandingan tersebut dan hanya 12 terpilih berdasarkan kertas kerja yang diberikan.

Pemenang tahun lepas, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Politeknik Ungku Omar antara yang terpilih di samping beberapa universiti lain termasuk Universiti Kuala Lumpur-Malaysia France Institute (UniKL-MFI), Politeknik Sultan Azlan Shah dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

Universiti-universiti lain adalah Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Petronas, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Iniversiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM).

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan meliputi manual dan automatik yang menawarkan hadiah pertama sebanyak RM20,000; kedua (RM10,000) dan ketiga (RM5,000) serta kategori kejuruteraan, reka bentuk dan penyertaan sebanyak RM10,000 bagi juara, RM5,000 (kedua) dan RM3,000 (ketiga).

Pertandingan Perodua Eco-Challenge kali kedua ini bakal berlangsung pada 26 Jun depan di Sirkit Sukan Bermotor Antarabangsa Melaka. 

Sumber

Kerajaan sasar tubuh Universiti Politeknik menjelang 2015

PUTRAJAYA 25 Feb. - Kerajaan menyasarkan sebuah Universiti Politeknik ditubuhkan menjelang 2015 sejajar dengan langkah transformasi menjadikan politeknik menjadi peneraju pendidikan vokasional dan teknik di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penubuhan universiti itu bagi membolehkan para pelajar mengikuti pendidikan teknik dan vokasional di peringkat pascamenengah dan tinggi di bawah satu bumbung.

Selaras program transformasi itu, tiga buah politeknik perintis dinaik taraf sebagai Politeknik Premier (Perdana) iaitu Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam; Politeknik Ungku Omar, Ipoh; dan Politeknik Johor Bahru.

Perkara itu diumumkan pada majlis pelancaran Transformasi Politeknik yang disempurnakan oleh Muhyiddin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. – Utusan

Sumber

NUPW minta jumlah pampasan Perkeso dikaji semula

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Jumlah pampasan yang diberikan kepada pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) perlu dikaji semula demi membantu mereka yang terlibat dalam kemalangan atau kurang upaya, kata Presiden Persatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Ladang (NUPW), K. Nadarajah.

Beliau berkata, pampasan minimum sebanyak RM500 perlu diberikan kepada ahli-ahli yang terlibat dalam kemalangan sewaktu kerja atau diserang penyakit.

Katanya, kini pencarum hanya menerima sebanyak 50 hingga 60 peratus daripada gaji bulanan.

"Penambahan kira-kira lima hingga 10 peratus perlu diberikan kepada ahli-ahli untuk mereka yang terpaksa menyara diri dan keluarga,” kata Nadarajah dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau juga meminta pencarum yang sakit bagi tempoh yang lama dan menghidap penyakit yang sukar sembuh supaya berjumpa terus dengan pengurusan atasan setiap pejabat Perkeso untuk menyelesaikan permasalahan mereka.

"Ia penting bagi memastikan pekerja dan keluarga mereka diberi jaminan mengenai kebajikan termasuk menerima pampasan dan bantuan jika berlaku sebarang perkara tidak diingini,” katanya. – Bernama

Sumber

Students want the real thing

By Halimatul Hamid

KUALA LUMPUR: More field trips, real-life experiences and self-initiated programmes.
These are some of the requests by students when asked how learning could be fun in the classroom.

A Form Five student of SM Taman Tun Dr Ismail, Seow Li May, said she would like to learn the human anatomy by observing a pathologist during a post-mortem.

"In class, we dissect live animals to learn about their anatomy. It would be interesting to observe how the human body works in the same way, too.

"Instead of reading it from our textbooks, we get to feel and experience it," she said.

Muhammad Imran Sa'id, a science stream student at the school, echoed the same thoughts.
Imran, who aspires to be a paediatrician, would like to be among medical students to witness the delivery of babies.

"This kind of hands-on experience is better than just taking down notes in the classroom. You will never forget it," he said.

Kaveetha Kandiah, 16, said teachers could be more creative when teaching boring subjects like History or Civics to capture the students' interests.

"Students could re-enact the story of historical figures such as Tok Janggut or Rentap, or even visit Parliament to understand how laws are being passed in the Dewan Rakyat."

With 30 years of teaching experience under her belt, Datin Hazlin Hashim said the days of chalk and talk were over.

"Teachers need to constantly update themselves with what is new and happening among their students.

"I even have a Facebook account so that I know what my students like. If you can't beat them, join them," she said.

To spice up the learning process in the classroom, the English Language teacher uses materials sourced from the Internet, newspapers and movies.

For History teacher Sritharan Chandran, the short time allocated in the classroom makes it difficult for learning to be fun.

"We don't mean to make lessons boring but the short period that we have makes it difficult.
"There are just too many chapters to cover and so little time to do it.

"Just imagine teaching a total of 19 chapters to Form Four and Form Five students before October."

Source

Universiti Politeknik Pelengkap Kepada Pendidikan Vokasional Dan Teknik-Muhyiddin

PUTRAJAYA, 25 Feb (Bernama) -- Penubuhan Universiti Politeknik akan menjadi pelengkap kepada pendidikan vokasional dan teknik di peringkat pengajian tinggi, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Universiti Politeknik ini akan membolehkan pelajar mengikuti pendidikan teknik dan vokasional di peringkat pascamenengah dan tinggi di bawah satu sistem politeknik tanpa perlu menyambung pengajian ke institusi lain," katanya semasa melancarkan Pelan Transformasi Politeknik di sini Khamis.

Dengan menawarkan pakej pendidikan di peringkat diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda, sistem politeknik pastinya akan berjaya menarik minat pelajar-pelajar terbaik di negara ini untuk mengikuti pendidikan berteraskan kemahiran tinggi, katanya.

Sehubungan itu tiga Politeknik telah dinaik taraf hari ini kepada Politeknik Premier yang menjadi asas kepada pewujudan Universiti Politeknik menjelang 2015.

Politeknik tersebut adalah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Politeknik Ungku Omar dan Politeknik Johor Bahru.

"Potensi mereka boleh digarap dan ditingkatkan lagi untuk menyumbang kepada kemajuan negara," katanya. Muhyiddin turut berharap bidang-bidang baru seperti bioteknologi dan nanoteknologi juga perlu dibangunkan dan dijadikan bidang tujahan politeknik.

"Pusat-pusat kecemerlangan politeknik perlu diwujudkan untuk menggalakkan kolaborasi intensif dengan pihak industri yang relevan bagi memupuk budaya penyelidikan dan menjana inovasi dalam bidang-bidang tujahan ini," katanya.

Selain itu katanya, penawaran kursus-kursus berteraskan perkhidmatan seperti animasi digital, rekabentuk, insurans dan kewangan hendaklah dipergiatkan.

"Ini kerana ekonomi negara sedang berubah ke arah ekonomi yang dipacu oleh sektor perkhidmatan, bidang dan program yang ditawarkan di politeknik juga haruslah selaras dengan perubahan ini, tanpa mengabaikan keperluan yang masih wujud dalam sektor pembuatan dan pembinaan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kementeriannya juga sedang melihat semula kokurikulum di sekolah teknikal dan vokasional supaya selari untuk ke peringkat yang lebih tinggi kelak.

Sementara itu Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata politeknik menerima 90,000 permohonan setahun bagi peringkat diploma.

Malangnya, beliau berkata politeknik hanya dapat menyediakan kira-kira 25,000 tempat setahun.

"Kita menafikan ramai hak pelajar untuk menyambung ke peringkat diploma di politeknik ketika ini," katanya.

Namun katanya, terdapat usaha bagi peringkat sijil diserahkan kepada Jabatan Kemahiran Malaysia, Institut Kemahiran Belia dan institusi-institusi lain.

Dengan usaha itu beliau berkata, kira-kira 15,000 tempat boleh ditambah di politeknik bagi peringkat diploma.

Ditambah pula beberapa politeknik lagi, 60,000 tempat bakal di sediakan untuk pelajar-pelajar menyambung pelajaran mereka kelak, tambahnya.

"Seramai 60,000 pelajar akan menerima diploma, maknanya kemahiran dan nilai tambah pada mereka itu bertaraf diploma," kata Mohamed Khaled.

Terdapat 27 politeknik ketika ini dengan 82 program termasuk satu diploma lanjutan, 49 diploma, 20 sijil dan 12 program asas.

Politeknik mempunyai 305,888 graduan semenjak ditubuhkan pada tahun 1969 di mana antara bekas graduannya adalah Datuk Muhamad Noor Hamid, ketua pegawai eksekutif, Gas Malaysia Sdn Bhd.

-- BERNAMA

Sumber

Penguasaan wanita tidak membimbangkan

SIBU 23 Feb. - Penguasaan wanita dalam perkhidmatan awam bukan sesuatu yang membimbangkan kerana yang lebih penting adalah memenuhi jangkaan kerajaan dalam memberi khidmat terbaik untuk rakyat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, kemasukan pelajar baru ke universiti juga menunjukkan jumlah wanita lebih ramai dan oleh itu tidak menghairankan jika mereka mendominasi perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) dalam jangka waktu terdekat.

''Soal jantina tidak penting, yang penting sekali kemampuan perkhidmatan awam untuk melaksanakan dan memenuhi jangkaan serta keperluan rakyat," katanya pada sidang akhbar di akhir lawatan dua hari ke Sarawak hari ini.

Sebelum itu, beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri majlis makan tengah hari sempena Tahun Baru Cina 2010 bersama masyarakat Tionghua Sibu di sini.

Turut hadir, Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri George Chan Hong Nam dan Tan Sri Alfred Jabu Numpang. 

Najib diminta mengulas kenyataan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang meluahkan kebimbangan berikutan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam.

Sementara itu mengulas cadangan kerajaan Pusat untuk membantu memindahkan kubur 22 anggota tentera berasal dari Sarawak yang disemadikan di Semenanjung, Najib berkata, ia sedang menunggu persetujuan keluarga terlibat.

''Saya tidak tahu apa peraturannya, sama ada kita perlu mendapat arahan mahkamah dan keluarga yang berkenaan, bagaimanapun kita akan buat selepas ini," jelas Perdana Menteri.

Menurut beliau, kerajaan negeri telah bersetuju menyediakan satu tapak manakala peraturan persemadian sedang dicari.

Ketika berucap pada program Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Ugap Seribu di Nanga Tada, Kanowit, 80 kilometer dari sini, beliau berkata, kerajaan Pusat sedia membawa pulang jenazah mereka yang merupakan tentera Iban yang berani menentang komunis.

Sumber

Shahrizat cabar generasi muda lelaki

KUALA LUMPUR 23 Feb. - Generasi muda lelaki dicabar supaya lebih cemerlang sebagai jalan penyelesaian kepada kebimbangan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam yang semakin meningkat sekarang.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pada zaman ini kepakaran dan kecemerlangan individu menjadi asas utama seseorang untuk layak memegang sesuatu jawatan.

Katanya, isu wanita lebih ramai dalam mana-mana sektor pekerjaan tidak perlu dibimbangkan kerana peranan wanita dan lelaki amat diperlukan dalam pembangunan negara.

"Sesiapa sahaja sama ada lelaki atau wanita yang menunjukkan sifat kepimpinan serta mempunyai pengalaman dan kelayakan mesti diberi peluang.

"Bukan isu lelaki atau wanita, sesiapa sahaja yang terbaik dan jika ada wanita yang terbaik maka dia harus diberi peluang, itu sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian festival kesenian sempena ulang tahun ke-50 majalah Her World di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, fitrah kaum wanita mengambil cuti panjang selepas bersalin tidak perlu dijadikan sebagai punca kepincangan dalam sistem penyampaian kerajaan. 

"Banyak negara-negara yang memberikan cuti bersalin lebih daripada 60 hari berbanding negara ini kerana kerajaan ingin mewujudkan keseimbangan kerja dan hidup," jelasnya.

Tambah beliau, wanita pada masa ini telah menjadi penyumbang kepada ekonomi negara serta turut dilihat semakin berpengaruh dalam sektor-sektor pekerjaan.

Sumber

Penguasaan wanita senario global - TPM

MUAR 23 Feb. - Senario penguasaan wanita dalam perkhidmatan awam tidak sepatutnya dianggap sebagai satu liabiliti kepada negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebaliknya menurut beliau, keadaan itu boleh menjadi satu aset kepada negara sekiranya diurus sebaik mungkin.

Justeru, beliau meminta semua pihak supaya tidak bimbang dengan keadaan tersebut yang disifatkannya sebagai senario global.

"Kita harus berpandangan terbuka dan tidak menganggap ia sebagai satu liabiliti. Ia mungkin satu aset dan kalau ada kekurangan, kita kena cari jalan untuk menguruskannya.

"Apa pun yang berlaku dalam perkhidmatan awam, ia dibuat atas dasar merit yang ada. Kita tak boleh mempertikaikan kerana pengambilan dan kenaikan pangkat berdasarkan merit dan kelayakan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan demonstrasi robotik oleh pelajar sekolah menengah Parlimen Pagoh di Dewan Seri Pekembar dekat sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Ahmad Shah Mohd. Zin yang meluahkan kebimbangan berikutan penguasaan golongan wanita dalam sektor awam.

Ahmad Shah menyifatkan keadaan itu sebagai bertentangan dengan polisi kerajaan yang memperuntukkan hanya 30 peratus jawatan pembuat keputusan kepada golongan wanita.

Beliau melahirkan kebimbangan bahawa trend itu akan memberi implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, dasar 30 peratus itu adalah sebagai panduan kepada kerajaan.

Misalnya kata Muhyiddin, di Kementerian Pelajaran yang diketuainya turut mengalami senario sama apabila lebih ramai golongan wanita menyertai profesion tersebut berbanding lelaki.

Beliau turut mengakui 'kebangkitan' golongan wanita yang kini semakin ramai memegang jawatan penting sama ada di sektor kerajaan atau swasta, namun ia tidak seharusnya menimbulkan kebimbangan.

Timbalan Perdana Menteri berharap tiada pihak membuat tuduhan dan sangkaan tidak tepat mengenai perkara itu kerana golongan wanita atau lelaki mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Sumber

Tiada isu, pelantikan wanita ikut merit - Ismail

SANA sini orang bercakap pasal kenyataan kontroversi Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) kelmarin.

Kebimbangan kesatuan yang menjaga kebajikan 1.2 juta penjawat awam terhadap penguasaan wanita dalam sektor kerajaan yang didakwa memberi kesan jangka panjang pada kemajuan negara mendapat reaksi bukan kepalang.

Dalam lif, restoran mamak dan merata-rata orang bercakap isu ini.

Bahkan di medan-medan selera di Kompleks Kejiranan Presint 8, 9 dan 16 di Putrajaya tengah hari semalam yang tidak lekang setiap hari dengan kelibat penjawat awam, beberapa lelaki kelihatan terpinga-pinga mendengar 'hujah' dua rakan wanitanya.

Benarkah angka-angka yang dikeluarkan Setiausaha Agung CUEPACS, Ahmad Shah Mohd. Zin kelmarin tentang dominasi wanita dalam sektor awam? Masakan tidak benar, bukankah CUEPACS umpama 'mata dan telinga' penjawat awam?

Atau, sengaja mahu mengundang publisiti murahan? Wartawan Utusan Malaysia, ZULKIFLI JALIL semalam mendapatkan reaksi Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam 
.
Utusan Malaysia: Tan Sri, benarkah dakwaan CUEPACS itu?

ISMAIL: Taklah. Saya tak nampak apa yang perlu dibimbangkan sebab pelantikan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam berdasarkan merit. Ia tidak ikut sama ada dia lelaki atau wanita. Kalau wanita itu bagus, baguslah.

CUEPACS kata hampir tiga perempat daripada jawatan baru dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik diisi oleh wanita?

ISMAIL: Tiga perempat? Saya hairan mana dia dapat angka itu. Dah saya cakapkan kerajaan lantik penjawat awamnya berdasarkan merit, tidak kiralah dia lelaki atau wanita. Apa masalahnya.

Tapi takkan CUEPACS tidak tahu angka sebenar?

ISMAIL: Sebenarnya, ini (penguasaan wanita dalam sektor awam) bukan isu. Cuba anda tengok, Suruhanjaya Sekuriti diterajui wanita, demikian juga Bank Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Tuhan jadikan lelaki dan wanita. Tuhan tidak kata orang lelaki sahaja yang perlu kuasai sektor awam.

Kalau kita tolak ketepi kenyataan CUEPACS ini, bagaimana kita nak tingkatkan penguasaan kaum lelaki?

ISMAIL: Tentulah menerusi peningkatan kemahiran dan persaingan. Sebenarnya tidak ada isulah soal ini. Buat habiskan ruang suratkhabar sahaja (dengan siarkan kenyataan CUEPACS ini). Banyak ruang (akhbar) boleh diisi dengan isu lain.

Setakat ini hubungan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan CUEPACS okey?

ISMAIL: Ya, okey, okey. Setiap kali dia buat tuntutan, mana yang boleh kita pertimbangkan, kita timbang. Memanglah itu kerja dia (CUEPACS), jaga kepentingan dan kebajikan pekerja.

Sumber