ALOHA KKLK

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selamat datang ke blog Aloha KKLK.

Untuk makluman para pengunjung, maklumat yang dipaparkan adalah untuk kegunaan para pelajar, kakitangan dan masyarakat setempat.

Para pengunjung juga digalakkan menyumbang sebarang artikel yang dapat memberikan manfaat kepada semua.

Jika anda berminat untuk menyumbang sebarang artikel,

sila email artikel anda di
info.kklk@yahoo.com

Friday, February 26, 2010

NUPW minta jumlah pampasan Perkeso dikaji semula

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Jumlah pampasan yang diberikan kepada pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) perlu dikaji semula demi membantu mereka yang terlibat dalam kemalangan atau kurang upaya, kata Presiden Persatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Ladang (NUPW), K. Nadarajah.

Beliau berkata, pampasan minimum sebanyak RM500 perlu diberikan kepada ahli-ahli yang terlibat dalam kemalangan sewaktu kerja atau diserang penyakit.

Katanya, kini pencarum hanya menerima sebanyak 50 hingga 60 peratus daripada gaji bulanan.

"Penambahan kira-kira lima hingga 10 peratus perlu diberikan kepada ahli-ahli untuk mereka yang terpaksa menyara diri dan keluarga,” kata Nadarajah dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau juga meminta pencarum yang sakit bagi tempoh yang lama dan menghidap penyakit yang sukar sembuh supaya berjumpa terus dengan pengurusan atasan setiap pejabat Perkeso untuk menyelesaikan permasalahan mereka.

"Ia penting bagi memastikan pekerja dan keluarga mereka diberi jaminan mengenai kebajikan termasuk menerima pampasan dan bantuan jika berlaku sebarang perkara tidak diingini,” katanya. – Bernama

Sumber

No comments:

Post a Comment