ALOHA KKLK

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selamat datang ke blog Aloha KKLK.

Untuk makluman para pengunjung, maklumat yang dipaparkan adalah untuk kegunaan para pelajar, kakitangan dan masyarakat setempat.

Para pengunjung juga digalakkan menyumbang sebarang artikel yang dapat memberikan manfaat kepada semua.

Jika anda berminat untuk menyumbang sebarang artikel,

sila email artikel anda di
info.kklk@yahoo.com

Friday, February 26, 2010

Produktiviti Wanita Tidak Menurun Walaupun Cuti Salin - Shahrizat

BENTONG, 23 Feb (Bernama) -- Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Selasa menyangkal dakwaan bahawa produktiviti petugas wanita kurang berbanding lelaki di dalam perkhidmatan awam.

Beliau juga berkata bahawa prestasi wanita di tempat kerja rata-ratanya adalah baik berbanding lelaki.

"Kalau kita tengok, tanyalah majikan, ramai mereka yang puas hati dengan prestasi wanita. Kalau kita buat kajian, mungkin inilah hasilnya," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Janda Baik di sini Selasa.

Turut hadir Menteri Pembangunan Sosial Oman, Dr Sharifa Khalfan Al Yahyaeiyah, yang dalam lawatan rasmi selama tujuh hari ke Malaysia sejak Ahad lepas.

Shahrizat berkata jika cuti bersalin yang diberikan oleh kerajaan yang mungkin dijadikan faktor kurangnya produktiviti wanita, ianya tidak begitu banyak seperti negara lain.

"Kalau nak dibandingkan Malaysia dengan negara lain, cuti bersalin adalah yang paling sikit di seluruh dunia, kerana negara lain ada yang memberi cuti sehingga setahun dan ada pula minimum sebanyak 90 hari, manakala Malaysia hanya 60 hari sahaja," katanya.

-- BERNAMA


Sumber
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=477474

No comments:

Post a Comment