ALOHA KKLK

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selamat datang ke blog Aloha KKLK.

Untuk makluman para pengunjung, maklumat yang dipaparkan adalah untuk kegunaan para pelajar, kakitangan dan masyarakat setempat.

Para pengunjung juga digalakkan menyumbang sebarang artikel yang dapat memberikan manfaat kepada semua.

Jika anda berminat untuk menyumbang sebarang artikel,

sila email artikel anda di
info.kklk@yahoo.com

Wednesday, February 17, 2010

Fenomena cuaca panas dijangka berakhir Mac



ORANG ramai mandi dan bermain air bagi menyejukkan badan berikutan cuaca panas yang melanda negara sejak Januari lalu di Air Terjun Sungai Gabai, Hulu Langat, semalam.


Daerah Chuping Perlis rekod suhu tertinggi 36.6 darjah Celsius

KUALA LUMPUR: Cuaca panas yang melanda negara sejak Januari adalah fenomena biasa dan diramalkan berakhir pada Mac.

Pegawai Ramalan Jabatan Meteorologi, Azmi Atan, berkata fenomena itu sering berlaku pada setiap awal tahun tetapi tidak akan menyebabkan kemarau.

"Cuaca begini diramalkan tidak berpanjangan dan dijangka hujan bermula Mac nanti," katanya semalam.

Mengikut rekod jabatan itu, kawasan paling panas yang dikesan ialah daerah Chuping di Perlis yang mencatatkan suhu tertinggi 36.6 darjah Celsius semalam, manakala di Lembah Klang suhu tertinggi dicatatkan di Petaling Jaya 34.7 darjah Celsius.

Sementara itu, Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Abdul Halem Mat Som, berkata penggunaan air di Lembah Klang sepanjang awal tahun ini masih pada tahap biasa.

"Secara umumnya rakyat Malaysia adalah golongan paling banyak menggunakan sumber air. Bagaimanapun, kadar penggunaan ketika cuaca panas sejak bulan lalu masih pada tahap normal dan jika ada peningkatan pun tidaklah begitu ketara," katanya.

Beliau berkata, setakat ini bekalan air Syabas tidak terjejas kerana masih mempunyai simpanan mencukupi untuk menampung keperluan penduduk Lembah Klang.

Beliau menasihatkan orang ramai menggunakan air secara berhemat dan tidak membazir supaya bekalan air mencukupi jika cuaca panas berlanjutan. Bernama

Sumber

No comments:

Post a Comment