ALOHA KKLK

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selamat datang ke blog Aloha KKLK.

Untuk makluman para pengunjung, maklumat yang dipaparkan adalah untuk kegunaan para pelajar, kakitangan dan masyarakat setempat.

Para pengunjung juga digalakkan menyumbang sebarang artikel yang dapat memberikan manfaat kepada semua.

Jika anda berminat untuk menyumbang sebarang artikel,

sila email artikel anda di
info.kklk@yahoo.com

Wednesday, March 31, 2010

Penjawat Awam Harus Laksana Transformasi Minda Untuk Transformasi Negara

KUCHING, 26 Mac (Bernama) -- Penjawat awam di negara ini perlu bersedia untuk melakukan tranformasi minda sejajar dengan tuntutan untuk melaksanakan agenda negara yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Datuk Dr Ismail Alias berkata peranan penjawat awam amat signifikan dalam melaksanakan agenda negara dan demi merealisasikan aspirasi kerajaan yang mengutamakan prestasi dan berpaksikan keutamaan kepada rakyat.

Beliau berkata transformasi penting bagi mempertingkatkan mutu pentadbiran, memperkukuhkan pengurusan serta melaksanakan khidmat penyampaian dan merealisasikan matlamat negara seperti yang dihasratkan oleh Perdana Menteri.

"Transformasi harus dimulakan dengan transformasi minda dan nilai-nilai yang perlu diterapkan dalam minda transformasi kendiri iaitu inovasi, berpretasi tinggi, ketepatan, berilmu, integriti, ketabahan, kesetiaan, dan kebijaksanaan.

"Penjawat awam perlu memiliki pemikiran yang kreatif dan inovatif kerana kesepaduan minda yang tepat dapat menghasilkan tahun yang berjaya bagi negara," katanya dalam majlis Ceramah Eksekutif bertajuk " Transformasi Minda Dalam Menghadapi Cabaran Global" di Bangunan Sultan Iskandar di sini pada Jumaat.

Dr Ismail berkata transformasi minda mampu meningkatkan usaha dan komitmen setiap individu untuk menilai dan mengubah cara berfikir dan menguruskan fikiran mereka ke arah pemikiran yang terkedepan untuk membuat keputusan terbaik.

Selain itu, beliau berkata transformasi minda dapat mempertingkatkan komitmen setiap individu untuk menilai dan mengubah kehendak dan keinginan kendiri sesuai dengan persekitaran dan situasi semasa yang bersifat bukan egosentrik dan tidak rasional.

"Transformasi minda akan membolehkan setiap penjawat awam untuk mengurus kecerdasan emosi demi mengerat perhubungan antara manusia selaras dengan peraturan kemanusiaan dan ketuhanan demi kepentingan dan kehormanian bersama," katanya.
 
Sumber

Ada Sekolah Gagal Lakukan Penarafan Kendiri Untuk Dipilih SBT

MARAN, 26 Mac (Bernama) -- Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran, Datuk Zulkifly Mohd Wazir berkata ada sekolah yang gagal melakukan penarafan kendiri bagi melayakkan mereka dipilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Beliau berkata, penarafan kendiri berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) itu penting bagi membolehkan Jemaah Nazir Sekolah menilai aktiviti bukan akademik sekolah tersebut.

Katanya, aktiviti bukan akademik termasuk kegiatan kokurikulum, pembangunan sahsiah pelajar dan hubungan dengan komuniti meliputi 30 peratus pemarkahan untuk SBT.

"Walaupun terdapat sekolah yang menepati gred purata dari segi akademik yang meliputi 70 peratus pemarkahan, namun mereka juga perlu dinilai dari segi pencapaian bukan akademik," katanya kepada pemberita selepas menutup mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Seri Jengka di sini, pada Jumaat.

Katanya, faktor tersebut merupakan antara punca kegagalan sekolah cemerlang di beberapa negeri dipilih sebagai SBT.

Bagaimanapun, katanya, sekolah-sekolah terbabit masih boleh tersenarai sebagai SBT dengan menitikberatkan pencapaian akademik dan bukan akademik.

Katanya, kementerian mensasarkan 100 buah SBT menjelang 2012 ini.

Terdahulu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, PIBG kini mempunyai peranan yang lebih besar dalam membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar dan pengurusan sekolah untuk dinobatkan sebagai SBT.

Dalam teks ucapannya yang dibacakan Zulkifly, Mohd Puad berkata, PIBG perlu berganding bahu dengan pihak sekolah dalam merencana hala tuju dan matlamat sekolah ke arah kecemerlangan pendidikan.

"PIBG juga dapat menjadi pemangkin kepada terjalinnya hubungan rapat dengan jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan dalam usaha mewujudkan pemuafakatan dan perkongsian bestari," katanya.

Sumber

Warga Asing Terajui Syarikat Telekomunikasi Negara Timbulkan Kebimbangan

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Pelantikan warga asing menerajui beberapa jawatan terpenting syarikat telekomunikasi terulung negara telah menimbulkan kebimbangan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari Khamis.

Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) berkata beliau hairan mengapa syarikat berkenaan tidak menggunakan tenaga anak tempatan tetapi sebaliknya melantik seorang berbangsa Itali yang semangat patriotiknya terhadap negara ini boleh dipertikaikan.

"Kita mendukung pada kejayaan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) oleh Telekom Malaysia (TM) di mana syarikat itu dikenali sebagai satu-satunya syarikat yang menjadi tulang belakang telekomunikasi negara namun perkara yang mendukacitakan kita ialah apabila kita mendengar jawatan-jawatan penting dalam syarikat telekomunikasi ini diisi oleh orang luar," katanya semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Rakyat di sini.

Beliau berkata syarikat telekomunikasi itu melantik seorang berbangsa Itali bagi mengisi jawatan ketua pegawai teknologi.

"Kita meletakkan jaminan keselamatan negara ini di satu tempat yang kritikal apabila ketua pegawai teknologi ini akan mengetahui setiap maklumat dan informasi yang mengalir...Jadi kita tidak tahu sejauh mana setia pegawai ini dalam hal untuk mengendali dan mentadbir urusan maklumat-maklumat di negara kita," katanya.

Idris berkata seorang warga Ghana pula dilantik sebagai timbalan pengarah HSBB.

"Tidak adakah Melayu, Cina, India ataupun orang Malaysia yang berkebolehan dalam bidang ini? Dekat Ghana, kita tidak tahu sejauh mana atau sepanjang mana infrastruktur optik gentian yang mereka ada pun kita tidak tahu.

"Kita pula letak sebab orang luar negara dirasakan hebat dan lebih baik daripada anak-anak tempatan," katanya.

Beliau turut difahamkan, seorang warga Singapura juga bakal dilantik di bahagian sumber manusia di syarikat telekomunikasi itu.

Idris meminta kementerian berkaitan untuk mengkaji perkara ini secara terperinci dan memikirkan risiko yang akan berlaku.

Persidangan dewan bersambung pada Isnin.

Sumber

Kuala Lumpur Menduduki Senarai Teratas Tawar Destinasi Termurah

DUBAI, 25 Mac (Bernama) -- Kuala Lumpur yang menjadi pilihan utama pelancong, menduduki senarai teratas untuk destinasi pelancongan termurah, menurut pakar pelancongan global STA Travel UK.

Senarai itu berdasarkan gambaran STA Travel sebagai asas utama untuk percutian terbaik -- menikmati satu hidangan di restoran tempatan, sepain bir, menginap satu malam di asrama, menaiki bas dan melihat panorama indah sekitar ibu kota.

Apabila dijumlahkan harga biasa untuk butiran itu, Kuala Lumpur merupakan yang termurah iaitu 13.09 pound sterling diikuti Hanoi, Vietnam (18.29 pound sterling), Seoul, Korea Selatan (18.38 pound sterling), Mexico City, Mexico (22.84 pound sterling), Beijing, China ( 24.82 pound sterling), Istanbul, Turki (27.38 pound sterling), Bangkok, Thailand (27.40 pound sterling) dan Cape Town, Afrika Selatan (31.68 pound sterling).

Menurut STA Travel, memandangkan nilai matawang pound susut berbanding euro dan kebanyakan matawang utama lain serta memandangkan pengguna kini lebih berjimat daripada sebelum ini, beberapa destinasi pelancongan popular dikatakan akan menjadi lebih mahal pada musim panas ini.

"Justeru, STA Travel telah menjelajah dunia dan menyoal pelancong serta perunding pelancongan bagi mencari nilai wang terbaik untuk percutian di seluruh dunia," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Tourism Malaysia.

"Dengan zon Euro yang dijangka menjadi rantau paling mahal untuk bercuti, Britain harus melihat lebih jauh untuk mengekalkan tawaran dan memastikan pound dapat pergi lebih jauh," kata John Constable, pengarah urusan kumpulan STA Travel.

Menurut beliau Asia sentiasa memberi tawaran terbaik dan masih lagi kekal di atas.

"Tetapi adalah menarik apabila Afrika Selatan termasuk dalam senarai -- dengan Piala Dunia musim panas ini, ia adalah antara sebab terbaik untuk peminat bola sepak mengambil peluang untuk mengembara ke destinasi yang menarik terutama dengan tawaran yang banyak," tambah beliau.

Berpengalaman 30 tahun memberi nasihat kepada generasi muda mengenai percutian dan mengembara ke luar negara, STA Travel menawarkan pelbagai pakej unik mengenai penerbangan, penginapan, perjalanan dan ekspedisi di 90 negara.

Ia mempunyai 43 cawangan di United Kingdom dan lebih 450 di seluruh dunia.

Sumber

Muhyiddin Sedia Bertemu Kesatuan Guru

KUALA PILAH, 25 Mac (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersedia untuk bersemuka dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bagi menyelesaikan sebarang permasalahan yang berbangkit.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata tidak ada perkara yang tidak boleh diselesaikan.

"Sebenarnya pihak Ketua Pengarah Pelajaran sudah berjumpa. Saya minta sebelum saya berjumpa, saya mahu tahu isu dan masalah atau perkara yang mereka bangkitkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Negeri Sembilan di Beting, dekat sini Khamis.

Beliau diminta mengulas mengenai hasrat NUTP untuk bertemu beliau bagi menyelesaikan beberapa perkara mengenai profesion perguruan termasuk bebanan tugas para guru.

Muhyiddin berkata beliau telah dimaklumkan bahawa antara perkara yang akan dibangkitkan ialah berhubung masalah beban kerja, kebajikan dan perjawatan guru.

"Ia bukanlah satu perkara yang luar biasa dan daripada laporan yang saya terima kesatuan melihat beberapa kes yang berlaku di peringkat negeri yang dibuat di peringkat sekolah.

"Antaranya mengarahkan guru datang ke sekolah lebih daripada hari biasa yang mereka katakan ini sudah menjadi beban. Kita akan mengumpul maklumat ini dan saya telah minta satu tarikh untuk mendengar apakah masalah yang mahu ditimbulkan dan bagaimana boleh menyelesaikannya," katanya.

Beliau berkata ia bukan masalah nasional tapi kes yang berlaku di sesetengah tempat di sekolah tertentu.

"Apa pun kita akan ambil perhatian dan kita akan lihat cara-cara untuk mengatasinya. Jadi pertemuan ini memang saya akan tetapkan tarikhnya," katanya.

Mengulas pula langkah kerajaan Pas Kelantan untuk melantik Anggota Parlimen Gua Musang yang juga bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai perunding bagi mewakili kerajaan negeri itu dalam soal berhubung tuntutan royalti minyak, Muhyiddin berkata perkara itu terserah kepada Tengku Razaleigh sendiri untuk memutuskannya.

"Bagi kita, kita telah memberi penjelasan yang cukup, kalau mereka (kerajaan Kelantan) tidak puas hati dan ada pihak yang mahu membantu menyelesaikan masalah ini, terserahlah pada mereka," katanya.

Bercakap di majlis tersebut, beliau menyifatkan UiTM sebagai simbol kesungguhan kerajaan untuk memajukan masyarakat Melayu bumiputera melalui penguasaan ilmu dan kemahiran yang relevan dengan tuntutan semasa.

Menurutnya bermula dengan penubuhan Dewan Latihan Rida pada tahun 1956, institusi pendidikan tersebut telah berkembang maju sehingga tertubuh UiTM pada tahun 1999.

"Sepanjang berada dalam arena pendidikan negara, UiTM telah berjaya melahirkan para profesional dan juga teknokrat bumiputera yang telah banyak menyumbang kepada kemajuan bangsa dan pembangunan negara.

"Kini UiTM berdiri megah sebagai institusi pengajian tinggi yang unggul di negara ini. Dengan sejumlah 136,900 orang pelajar dan 26 buah kampus cawangan dan satelit di seluruh negara, UiTM adalah satu-satunya universiti yang mempunyai rangkaian kampus paling besar di negara ini dan menampung jumlah pelajar yang paling ramai," katanya.

Beliau berkata menerusi rangkaian kampus universiti itu di setiap negeri, UiTM juga merupakan universiti paling berjaya dalam melebarkan jaringan kemudahan pendidikan tinggi kepada penduduk di seluruh negara.

Sebelum pulang, beliau turut berjalan-jalan bertemu rakyat di Bazar Kuala Pilah.

Sumber

MEF Saran Skim KWSP Dirombak Semula Menjadi Skim Pencen

PETALING JAYA, 25 Mac (Bernama) -- Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) pada Khamis menyarankan supaya skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dirombak semula menjadi satu skim pencen bagi pekerja-pekerja sektor swasta.

Pengarah Eksekutifnya Shamsuddin Bardan berkata ini kerana pengenalan satu skim pencen berasingan bagi pekerja-pekerja dari kategori ini akan hanya menjadi duplikasi kepada KWSP semata-mata.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Menteri Sumber Manusia, Datuk S.Subramaniam bahawa kerajaan sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan skim sedemikian tahun depan.

Shamsuddin memberitahu Bernama bahawa di samping membabitkan kos yang tinggi, skim itu dilihat tidak adil bagi para majikan sektor swasta yang diwajibkan membayar KWSP, dan pada masa yang sama juga kepada skim pencen yang dicadangkan.

Ketika ini para majikan menyumbang 12 peratus daripada gaji bulanan pekerja kepada KWSP.

Shamsuddin berkata MEF terperanjat dengan kenyataan Subramaniam itu kerana cadangan itu tidak dibincangkan dengan pihak yang berkaitan sebelum pengumuman mengenainya dibuat.

Beliau berkata MEF juga terperanjat dengan pengumumannya mengenai penubuhan tabung pemberhentian kerja.

Beliau berkata kali terakhir isu tabung pemberhentian kerja dibangkitkan ialah pada mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) pada 23 Julai 2009 di mana MEF memohon satu salinan terma rujukan yang dikeluarkan kepada perunding yang akan membuat kajian berhubung perkara itu.

"Bagaimanapun sehingga kini kami belum menerima salinannya. Ini membuatkan MEF berpandangan bahawa isu tabung itu masih dalam perbincangan tanpa sebarang penyelesaian konklusif," katanya.

Beliau berkata MEF juga berpandangan bahawa tabung itu nanti akan bertindak sebagai "bail out" kepada syarikat-syarikat yang diurus dengan buruk.

Beliau berkata ini kerana syarikat yang diuruskan dengan baik tidak akan mendapat manfaat daripada tabung itu, kecuali "dihukum" kerana ia terpaksa menyumbang kepadanya setiap bulan.

Katanya MEF mahukan supaya kerajaan membenarkan syarikat-syarikat individu menguruskan tabung pemberhentian kerja mereka masing-masing.

Tambahan pula katanya penubuhan tabung itu tidak perlu kerana ketika ini sudah ada undang-undang pekerja bagi menghukum majikan yang bermasalah di samping memastikan pekerja yang diberhentikan dilindungi.

Sementara itu Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) juga terperanjat dengan pengumuman Subramaniam itu.

Setiausaha Agungnya G.Rajasegaran berkata adalah lebih baik sekiranya menteri berkenaan membincangkan perkara itu di NLAC terlebih dahulu sebelum membuat pengumuman mengenainya.

Bagaimanapun menurutnya MTUC menyambut baik skim pencen bagi pekerja sektor swasta kerana ia melihat "KWSP tidak menjamin keselamatan di hari tua pekerja", memandangkan kajian menunjukkan bahawa majoriti pekerja yang menyumbang kepada KWSP dan mengeluarkan wangnya selepas bersara, menjadi papa kedana dalam tempoh tiga atau empat tahun kemudiannya.

"Setidak-tidaknya dengan pencen bulanan, masa depan mereka lebih terjamin," katanya.

Ketika ini hanya pekerja sektor awam yang menikmati kemudahan pencen yang termasuk bayaran bulanan minimum RM720, ditambah dengan rawatan perubatan percuma di semua hospital dan klinik kerajaan.

Merujuk kepada tabung pemberhentian kerja Rajasegaran berkata MTUC pernah mencadangkan tabung yang serupa pada tahun 1990-an, namun ia belum dilaksanakan sehingga kini.

Ia mencadangkan supaya para majikan menyumbang RM1 bagi tiap seorang pekerja dengan para pekerja juga menyumbang jumlah yang sama kepada tabung itu, yang akan menjadikan jumlah sumbangan menjangkau RM10 juta tiap bulan.

"Sekiranya tabung tersebut diwujudkan ketika itu, jumlahnya kini sudah menjangkau berbilion ringgit yang boleh digunakan bagi membantu pekerja yang diberhentikan" katanya.
Sumber

Kerajaan Yakin Capai Sasaran Penembusan Perkhidmatan Jalur Lebar

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Kerajaan yakin dapat mencapai sasaran penembusan perkhidmatan jalur lebar sebanyak 50 peratus sebelum akhir tahun ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata dengan penembusan 50 peratus ini akan meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tidak kurang dari satu peratus.

Menurutnya, jalur lebar kini bukan lagi satu kemewahan atau sesuatu yang perlu diletakkan pada tahap yang mahal ataupun yang sukar diperolehi oleh rakyat.

"Mengikut nasihat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin), kita harus melangsungkan misi dan perjuangan kita mengenai jalur lebar ini di pusat ekonomi bandar dan luar bandar," katanya ketika berucap di majlis pelancaran Inisiatif Jalur Lebar Negara dan Perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) di Dataran Merdeka di sini Rabu malam.

Kadar penembusan jalur lebar sekarang adalah 33.3 peratus.

Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh Najib di Dataran Merdeka di sini dan turut hadir ialah Muhyiddin. Sambil menyifatkan malam ini sebagai malam bersejarah dengan pelancaran tersebut,

Rais berkata kerajaan melalui kementerian berhasrat meningkatkan kemajuan teknologi jalur lebar dalam usaha membudayakan teknologi ke peringkat yang paling sesuai untuk masyarakat, sama ada di bandar atau luar bandar.

Menurutnya adalah perlu untuk menjayakan visi dan perjuangan kerajaan dalam pembangunan perkhidmatan jalur lebar dalam dua tahap iaitu tahap kelajuan yang tinggi di tempat-tempat dan pusat ekonomi tertentu serta kawasan luar bandar juga perlu ditembusi.

"Memandangkan bahawa kemampuan penduduk luar bandar begitu terhad termasuklah para penuntut, maka tentu sekali kementerian perlu memberi perhitungan dan tumpuan dengan nasihat jawatankuasa kabinet (mengenai Pelan Pelaksanaan Jalur Lebar Nasional) untuk menentukan apakah yang harus kita lakukan bersama," katanya.

Beliau berkata perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi merupakan satu usaha sama antara pihak swasta dan kerajaan.

"Dan oleh itu perseimbangan dan faedah yang akan diterima haruslah juga dapat dilihat. Pencapaian ini dapat melonjakkan daya capaian ekonomi negara, komunikasi negara, budaya negara dan tamadun negara," kata Rais.

Sumber

Penubuhan JMC Mesej Jelas Kerajaan Utamakan Kepentingan Rakyat - Najib

CYBERJAYA, 25 Mac (Bernama) -- Penubuhan Pusat JobsMalaysia (JMC) merupakan satu mesej jelas bahawa kerajaan sentiasa mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Ia bukan hanya slogan dan retorik sebaliknya dibuktikan dengan tindakan sebenar dalam tempoh yang singkat," kata Najib semasa berucap merasmikan 11 JMC secara serentak di seluruh negara pada Khamis.

Najib berkata seramai 102,769 orang berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh 15 bulan dari 1 Jan 2009 hingga 18 Mac 2010 menerusi JMC.

Perdana Menteri berkata jumlah itu ialah daripada 387,210 pencari kerja dan dan 159,968 kekosongan jawatan yang didaftarkan dengan JMC dalam tempoh tersebut.

"Saya yakin dan percaya bahawa agensi kerajaan, majikan swasta dan seluruh rakyat akan dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan JMC dan portal JobsMalaysia sebagai salah satu hab utama mendapatkan pekerjaan di dalam negara," katanya.

Turut hadir Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam.

Kementerian Sumber Manusia telah menubuhkan 11 JMC di seluruh negara iaitu di Cyberjaya, Pelabuhan Klang, Kelana Jaya, Danga Bay Johor Baharu, Segamat, Sungai Petani, Kota Baharu, Ipoh, Georgetown, Kuching dan Kota Kinabalu.

Penubuhan JMC yang menggunakan peruntukan Pakej Rangsangan Ekonomi bertujuan untuk melengkapkan infrastruktur portal JobsMalaysia. Pusat itu menggunakan pendekatan "sentuhan kemanusiaan" dan menjadikan portal JobsMalaysia sebagai "enabler".

JMC berfungsi, antaranya menyediakan perkhidmatan dan kemudahan penjodohan kerja secara online, mengendalikan proses temuduga dan mewujudkan hubungan dengan majikan bagi menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan.

Perdana Menteri berkata bagi mengurangkan impak kegawatan ekonomi, kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi 1 dan 2 telah berjaya meminimumkan pekerja yang diberhentikan kepada 46,860 orang berbanding jangkaan seramai 200,000 pekerja.

Najib berkata kejayaan itu, antaranya melalui tiga program utama Kementerian Sumber Manusia iaitu menerusi penubuhan Bilik Gerakan Pemantauan di kementerian dan 80 Bilik Gerakan Pemantauan Pemberhentian di pejabat-pejabat Tenaga Kerja seluruh negara.

Selain itu, katanya, melalui Program Penempatan Pekerjaan, seramai 22,443 pekerja tempatan dapat ditempatkan semula ke pelbagai sektor pekerjaan di seluruh negara.

"Kerajaan turut melaksanakan program "latihan dan penempatan" bagi meningkatkan kemahiran dan kebolehkerjaan. Seramai 39,035 peserta telah mendaftar untuk mengikuti kursus dalam 82 bidang kemahiran membabitkan 17 sektor industri.

"Daripada jumlah itu, sehingga hari ini, seramai 20,610 pekerja telah berjaya ditempatkan dalam pasaran pekerjaan dan ia akan terus bertambah apabila program ini selesai," katanya.

Selaras dengan gagasan 1Malaysia bagi meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat, Perdana Menteri berkata Kementerian Sumber Manusia telah mengadakan empat program tambahan.

Najib berkata program berkenaan ialah dengan menyediakan 99 JobsMalaysia Point di seluruh negara bagi membolehkan rakyat mendapatkan perkhidmatan sama seperti JMC.

Melalui program Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), beliau berkata kerajaan menyediakan pekerjaan kepada rakyat untuk mengatasi kemiskinan bandar di mana program itu dilaksanakan di kawasan PPRT.

Bagi tahun lepas, sebanyak 10 program telah dijalankan iaitu tiga di Pulau Pinang, masing-masing dua program di Selangor dan Perak, dan satu masing-masing di Kuala Lumpur, Johor dan Pahang. Seramai 167 siswazah dan 714 bukan siswazah telah berjaya mendapatkan pekerjaan, katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan turut membantu golongan miskin tegar yang berdaftar dalam e-Kasih untuk mendaftarkan mereka dalam JobsMalaysia bagi mendapatkan pekerjaan.

"Bagi memastikan tiada rakyat Malaysia yang boleh bekerja tetapi tidak mendapat peluang pekerjaan, kementerian mengambil inisiatif mengesan dan mendekati golongan tidak berumah dan tidak mempunyai pekerjaan melalui program Penempatan Pekerjaan Secara Langsung.

"Kementerian bersama majikan telah turun padang dan menjalankan projek perintis di Kuala Lumpur iaitu di tempat-tempat tumpuan mereka yang tidak memiliki rumah seperti di sekitar Puduraya, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Masjid India.

"Lapan program telah dilaksanakan sebanyak dua kali seminggu di mana seramai 146 orang telah didaftarkan dan 32 orang telah dibantu mendapatkan pekerjaan," katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan amat komited membantu pencari kerja dengan menyediakan infrastruktur canggih seperti JMC, namun mereka mestilah berusaha untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran yang bersesuaian dengan kehendak pasaran pekerjaan, peredaran masa dan perubahan persekitaran.

Sumber

Kementerian Sumber Manusia Bantu 31,737 Dapat Pekerjaan

CYBERJAYA, 25 Mac (Bernama) - Kementerian Sumber Manusia berjaya mendapatkan pekerjaan untuk 31,737 pencari kerja tempatan sepanjang tahun lepas melalui program penempatan pekerjaannya, kata menteri berkenaan, Datuk Dr S.Subramaniam pada Khamis.

Bercakap pada majlis perasmian Pusat JobsMalaysia (JMC) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, beliau berkata kementerian kini melaksanakan program tersebut secara terus ke tempat-tempat yang telah dikenal pasti mempunyai sumber tenaga kerja seperti di sekitar kawasan perindustrian dan kawasan penempatan golongan berpendapatan rendah.

"Pendekatan ini dibuat bagi memberikan kemudahan kepada rakyat untuk mendapat pekerjaan," katanya.

Mengenai JMC, beliau berkata sejak penubuhannya secara berperingkat mulai 31 Dis 2009, seramai 6,958 pencari kerja rakyat tempatan telah mendaftar.

Bagi tempoh yang sama, sejumlah 615 majikan telah mendaftarkan 16,877 kekosongan jawatan.

Penubuhan JMC adalah cetusan idea Najib yang diumumkan semasa Perdana Menteri membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua pada 1 Jun 2009.

"JMC merupakan pelengkap kepada perkhidmatan portal JobsMalaysia," kata Subramaniam.

Ia menyediakan akses kepada golongan pencari kerja untuk mengenal pasti peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh majikan. Kementerian telah mengenal pasti 11 lokasi strategik yang dipilih.

Subramaniam berkata untuk memastikan keberkesanan JMC, Kementerian Sumber Manusia menempatkan tiga hingga tujuh orang pegawai Jabatan Tenaga Kerja untuk mengendalikannya.
 
Sumber

Buku Ejaan Lama Bahasa Melayu Diterbitkan

IPOH, 25 Mac (Bernama) -- Orang ramai terutama generasi muda berpeluang membaca sebuah buku mengenai sejarah sekolah-sekolah Melayu Perak yang ditulis dalam ejaan lama Bahasa Melayu.

Buku "Sejarah Perkembangan Sekolah-Sekolah Melayu Negeri Perak (Sebelum Merdeka)" itu dikarang oleh seorang bekas guru, Mohd Nor Long, 77.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku berkenaan, Mohd Nor berkata keunikan buku itu adalah penggunaan ejaan lama yang kini tidak lagi digunakan.

"Saya tahu orang akan mengkritik sebab menggunakan ejaan lama," katanya selepas pelancaran buku berkenaan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perak Mohd Radzi Abd Jabar.

Mohd Nor yang bersara sebagai Timbalan Pengarah JPN Pahang pada tahun 1988 berkata beliau mengambil masa empat tahun menyiapkan buku itu.

Katanya sebelum ini, beliau telah menghasilkan 14 buah buku pelbagai tajuk.

Mohd Radzi berkata buku yang ditulis dengan ejaan lama itu istimewa dan memberi peluang kepada pelajar serta guru untuk menghayati corak dan gaya penulisan yang telah lama tidak dipraktikkan.
 
Sumber

Transformasi Pengajian Tinggi Negara Di Landasan Yang Betul, Kata Khaled

SEPANG, 25 Mac (Bernama) -- Transformasi pengajian tinggi negara dalam Fasa Pertama Pelaksanaan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) iaitu Fasa Perletakan Asas yang akan berakhir hujung tahun ini berada di landasan betul, kata Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Khamis.

Menteri Pengajian Tinggi itu berkata bagi mengukuhkan lagi pelaksanaan PSPTN, elemen keusahawan akan dilaksanakan sebagai tambahan kepada 21 projek agenda-agenda kritikal (CAPs) sedia ada.

Beliau berkata walaupun komponen keusahawan telah digabung dalam program-program lain seperti "Pembangunan Holistik Pelajar" serta "Pembelajaran dan Pengajaran", namun itu tidak mencukupi untuk memberi ketampakan aspek keusahwanan bagi menggambarkan kepentingan ekonomi negara masa kini.

"Ini kerana untuk mentransformasikan negara kepada negara berpendapatan tinggi, keusahawanan ialah satu elemen amat penting untuk menghasilkan lonjakan yang diperlukan dan mewujudkan ekonomi domestik kompetitif."

"Malah keusahawanan juga berkait rapat dengan inovasi yang kepentingannya terhadap perkembangan ekonomi tidak dinafikan," katanya ketika merasmikan Seminar Perkongsian Aktiviti Pelaksanaan PSPTN di sini.

Mohamed Khaled berkata pelaksanaan bagi lebih separuh daripada CAPs yang terkandung dalam pelan transformasi, adalah di peringkat IPTA, politeknik dan kolej komuniti.

Ini bermakna kejayaan PSPTN bukan hanya bergantung kepada pelaksanaan pada peringkat pusat sahaja malahan memerlukan pembabitan aktif sebahagian besar warga institusi pengajian tinggi (IPT) negara, katanya.

Komponen keusahawanan merupakan CAP ke-22, tambahan daripada CAPs sedia ada setakat ini.

PSPTN merupakan satu usaha mentransformasikan pengajian tinggi negara bagi melahirkan modal insan kelas pertama yang memainkan peranan utama bagi merealisasikan wawasan Malaysia bertaraf negara maju.

CAPs merupakan penggerak atau sebagai satu pelan tindakan bagi memastikan aktiviti yang dilaksanakan berdasarkan kaedah terbaik untuk mencapai objektif ditetapkan dalam konteks sesuatu IPT.
 
Sumber

Infrastruktur Tahap Dunia Jadikan Malaysia Negara Maju

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tumpuan harus diberikan kepada pembangunan infrastruktur bertahap dunia untuk mentransformasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.

Beliau berkata perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) adalah satu yang boleh dikatakan sebagai 'key enabler' untuk merubah Malaysia daripada sebuah negara berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi.

"Sudah pasti bahawa perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi ini akan menjadikan Malaysia ini sebagai sebuah negara Abad ke-21," katanya pada majlis pelancaran perkhidmatan HSBB di Dataran Merdeka di sini Rabu malam.

Katanya perkhidmatan HSBB ini memberi kesan yang amat besar sebagai pemangkin kepada peningkatan ekonomi, meningkatkan lagi daya saing negara, memberi keyakinan kepada pelabur dari luar dan dalam negara, menjadi sesuatu yang boleh mengembangkan pemikiran kreatif dan inovatif dan menjadi satu lagi punca yang boleh menyebar luas segala maklumat dan pengetahuan kepada rakyat jelata.

"Tidak syak lagi HSBB ini juga akan mengubah daya hidup kita menjadi lebih canggih, menjadi lebih sofistikated, menjadi lebih mudah untuk kita berhubung antara satu sama lain.

"Sebagai contoh, saya juga telah menggunakan perkhidmatan ini apabila saya menjemput 300 rakan laman Facebook saya untuk minum petang dengan saya baru-baru ini.

Daripada 138,000 yang sudah daftar sebagai rakan Facebook saya, saya telah menjemput 300 hadir di jamuan teh. Saya rasa melalui cara ini saya dapat berkomunikasi dengan rakyat secara langsung," katanya.

Inisiatif jalur lebar ini diputuskan oleh Najib yang juga ketika itu Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2007 dan turut mempengerusikan jawatankuasa kabinet mengenai jalur lebar sebelum diambil alih Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi meneruskan pelaksanaan inisiatif penting negara ini.

Najib berkata kerajaan memutuskan melancarkan usahasama antara kerajaan dan swasta dalam bentuk perkongsian awam dan swasta di mana kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM2.4 bilion dalam masa tiga tahun setengah dan Telekom Malaysia menyediakan RM8.9 bilion dalam masa 10 tahun.

Beliau berkata perkhidmatan HSBB ini perlu difahami dan dihayati bahawa ia adalah kebaikan kepada negara, ekonomi, daya saing serta kepada individu bagi memastikan permintaan terhadap perkhidmatan berkenaan terus meningkat.

"Oleh itu, selain daripada perbekalan dan perkhidmatan yang berkualiti, kita hendak beritahu rakyat bahawa ini adalah untuk kebaikan mereka. Saya berharap perkara mengenai pendidikan awam juga kita lakukan supaya permintaan terhadap HSBB ini akan terus meningkat," katanya.

Pada majlis pelancaran itu juga, Najib mengumumkan enam inisiatif iaitu pelaksanaan pusat jalur lebar komuniti (PJK) ke rumah di mana satu jalur lebar yang akan menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada 615,000 orang di 246 lokasi melibatkan peruntukan RM60 juta.

Beliau juga mengumumkan penubuhan pusat internet rakyat di 138 premis Jabatan Penerangan di seluruh negara yang memberi liputan jalur lebar kepada 400,000 pengguna serta e-kiosk yang akan disediakan di pusat kemasyarakatan dan pejabat mukim yang melibatkan 1,100 mukim di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM4 juta.

Di bawah inisiatif ini juga, bagi liputan selular awam, sebanyak 873 menara baru telekomunikasi akan dibina di seluruh negara termasuk 278 menara di Sabah dan 257 menara di Sarawak.

Sejumlah RM1 bilion diperuntukkan daripada dana khidmat sejagat atau UPS dengan persetujuan penyedia perkhidmatan akan digunakan untuk mengagih-agihkankan komputer-komputer riba atau notebook kepada pelajar-pelajar yang kurang mampu di seluruh negara, katanya.

Najib berkata Telekom Malaysia telah bersetuju untuk memperkenalkan pakej jalur lebar berserta netbook dengan bayaran dikurangkan daripada RM50 kepada RM38 dan bagi kawasan USP, jumlah ini dikurangkan lagi kepada RM20.
 
Sumber

Kerajaan Yakin Capai Sasaran Penembusan Perkhidmatan Jalur Lebar

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Kerajaan yakin dapat mencapai sasaran penembusan perkhidmatan jalur lebar sebanyak 50 peratus sebelum akhir tahun ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata dengan penembusan 50 peratus ini akan meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tidak kurang dari satu peratus.

Menurutnya, jalur lebar kini bukan lagi satu kemewahan atau sesuatu yang perlu diletakkan pada tahap yang mahal ataupun yang sukar diperolehi oleh rakyat.

"Mengikut nasihat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin), kita harus melangsungkan misi dan perjuangan kita mengenai jalur lebar ini di pusat ekonomi bandar dan luar bandar," katanya ketika berucap di majlis pelancaran Inisiatif Jalur Lebar Negara dan Perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) di Dataran Merdeka di sini Rabu malam.

Kadar penembusan jalur lebar sekarang adalah 33.3 peratus.

Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh Najib di Dataran Merdeka di sini dan turut hadir ialah Muhyiddin. Sambil menyifatkan malam ini sebagai malam bersejarah dengan pelancaran tersebut,

Rais berkata kerajaan melalui kementerian berhasrat meningkatkan kemajuan teknologi jalur lebar dalam usaha membudayakan teknologi ke peringkat yang paling sesuai untuk masyarakat, sama ada di bandar atau luar bandar.

Menurutnya adalah perlu untuk menjayakan visi dan perjuangan kerajaan dalam pembangunan perkhidmatan jalur lebar dalam dua tahap iaitu tahap kelajuan yang tinggi di tempat-tempat dan pusat ekonomi tertentu serta kawasan luar bandar juga perlu ditembusi.

"Memandangkan bahawa kemampuan penduduk luar bandar begitu terhad termasuklah para penuntut, maka tentu sekali kementerian perlu memberi perhitungan dan tumpuan dengan nasihat jawatankuasa kabinet (mengenai Pelan Pelaksanaan Jalur Lebar Nasional) untuk menentukan apakah yang harus kita lakukan bersama," katanya.

Beliau berkata perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi merupakan satu usaha sama antara pihak swasta dan kerajaan.

"Dan oleh itu perseimbangan dan faedah yang akan diterima haruslah juga dapat dilihat. Pencapaian ini dapat melonjakkan daya capaian ekonomi negara, komunikasi negara, budaya negara dan tamadun negara," kata Rais.
 
Sumber

Indian tour agency says Malaysia is a uniquely attractive destination

BERLIN: Travel Corporation of India (TCI), one of India’s top outbound tour operators, describes Malaysia as a “uniquely attractive destination.”

Rakshit Desai, TCI’s Mumbai-based director, who was in Berlin to participate in the just-concluded International Tourism Bourse (ITB), the world’s largest tourism fair, said his company offers tour packages to European and Southeast Asian destinations and “Malaysia is a very popular destination for Indian tourists.”

“Indeed, it is a central component of our Southeast Asia outbound programme and we have organised thousands of trips to Malaysia so far,” he told Bernama in Berlin.

TCI sells leisure products for a corporate clientele, many of whom prefer to visit Malaysia because “it is unique and affordable with an abundance of natural, historical and cultural attractions.”

“Indeed, the Malaysian market has a good outlook and is generally perceived as very strong,” said Desai whose company offers MICE (meetings, incentives, conventions, exhibitions) travel, the independent leisure tourists and escorted tourists.

Rakshit said Malaysia’s strength, compared to other destinations in Southeast Asia, lies in easy accessibility, affordability and an enchanting landscape.

Indian tourists love the long and pristine sandy beaches of Langkawi whose duty-free shopping facilities have an instant appeal for shopping-obsessed tourists from the subcontinent, he said.

“Langkawi is ideal for newly married couples who enjoy the calm and beauty of Langkawi beaches. The island is very popular among Indian tourists because of the quality of its hotels... these are outstanding properties. “Genting has been another traditionally popular resort among Indian tourists,” the TCI director observed.

Rakshit said that his company works closely with the Mumbai office of the Malaysian Tourism Promotion Board which promotes tourism to Malaysia, however, Indian tourists would like to see Malaysia’s visa system liberalised for Indian passport holders.

Unlike Singapore and a number of other Asian countries, Malaysia does not provide Indian passport holders the “Visa on Arrival” (VOA) facility, he said, pointing out that the absence of a VOA facility can become a “psychological deterrent” to would-be tourists.

He said Indian tourists are amongst the highest-spending in the world and the “cash-rich middle class Indians do not just spend money on tourism per se; they have a fascination for overseas shopping which, in the final analysis, can benefit an entire range of segments of the economy.”
 
When told that some Indian workers took advantage of Malaysia’s former liberal visa system and overstayed in Malaysia as illegals, Desai countered that, that was a small number compared to the large numbers of genuine tourists. 
 
Source

Najib Umum Inisiatif Jalur Lebar

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan inisiatif-inisiatif berikut sempena pelancaran Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan dan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) di Dataran Merdeka di sini Rabu malam.

1. Pelaksanaan pusat jalur lebar komuniti atas nama PJK ke rumah. Satu jalur lebar yang akan menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada 615,000 orang di 246 lokasi melibatkan peruntukan RM60 juta.

2. Penubuhan pusat internet rakyat di 138 premis Jabatan Penerangan di seluruh negara yang memberi liputan jalur lebar kepada 400,000 pengguna.

3. e-kiosk yang akan disediakan di pusat kemasyarakatan dan pejabat mukim di 1,100 mukim di seluruh negara yang melibatkan peruntukan sebanyak RM4 juta.

4. Liputan selular awam di mana 873 menara baru telekomunikasi akan dibina di seluruh negara termasuk 278 menara di Sabah dan 257 menara di Sarawak.

5. Peruntukan sejumlah RM1 bilion akan digunakan daripada dana khidmat sejagat atau UPS dengan persetujuan penyedia perkhidmatan akan digunakan untuk mengagih-agihkankan komputer-komputer riba atau notebook kepada pelajar-pelajar yang kurang mampu di seluruh negara.
6. Telekom Malaysia telah bersetuju untuk memperkenalkan pakej jalur lebar berserta netbook dengan bayaran dikurangkan daripada RM50 kepada RM38 dan bagi kawasan USP, jumlah ini dikurangkan lagi kepada RM20.

Sumber

Jurusan Kesusasteraan Masih Diperlukan Di Universiti - Raja Nazrin

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah Rabu bertitah bahawa disiplin yang menambah kekayaan, dimensi dan pemahaman tentang kehidupan tidak perlu dikorbankan walaupun secara komersialnya pengetahuan yang berharga amat diperlukan.

Baginda bertitah sementara jurusan-jurusan bernilai komersial dan teknologi tinggi adalah penting, jurusan yang kurang sedikit nilai-nilai komersial seperti kesusasteraan liberal dan kemanusiaan tidak patut diketepikan atau paling teruk ditutup.

"Ini berbahaya kerana kesusasteraan liberal dan kemanusiaan, jika pandangan saya tidak silap, juga merupakan komponen penting bagi pendidikan yang menyeluruh," titah Raja Dr Nazrin Shah dalam ucap utama pada pembukaan persidangan kemajuan Asia Pasifik bagi Majlis Kemajuan dan Sokongan Pendidikan (CASE) di sini.

Raja Nazrin, yang juga Pro-Canselor Universiti Malaya, bertitah ini merupakan masa yang amat mencabar bagi profesion kemajuan pendidikan bagi institusi-institusi pendidikan memandangkan krisis sedang mengancam untuk menimbulkan huru dengan kemampuan tertentu walaupun di kalangan institusi paling dihormati dalam urusan mengutip dana.

"Ia telah menelan sejumlah besar wang kekayaan yang akan mengambil masa bertahun-tahun untuk dibina semula. Strategi yang inovatif amat diperlukan. Seperti kata Unesco 'institusi-institusi perlu bertindak lebih daripada usahawan," katanya.

Raja Nazrin bertitah sebelum ini Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) telah membangkitkan persoalan sama ada institusi-institusi pendidikan perlu dibiayai, sama ada oleh belanjawan awam atau sepatutnya lebih merupakan usaha swasta.

Baginda bertitah Lembah Silikon di California dan Research Triangle Park yang meliputi Raleigh, Durham dan Chapel Hill, yang pada masa ini merupakan pusat kemajuan dan penyelidikan berteknologi tinggi yang terkemuka di Amerika Syarikat, adalah di antara model terbaik bagi perkongsian dan kecemerlangan akademik sementara Warwick University di United Kingdom adalah antara institusi yang prolifik dalam melahirkan syarikat-syarikat yang bertahan lama.

Menurut Unesco, terdapat kira-kira 153 juta pelajar pendidikan tinggi di seluruh dunia pada 2007, yang mewakili peningkatan 50 peratus sepanjang tahun 2000.

Statistik juga menunjukkan bahawa lebih 2.8 juta penuntut dipilih untuk tinggal di luar negara masing-masing pada 2007 dengan penuntut dari China merupakan kumpulan terbesar dengan 421,000, diikuti oleh India (153,000) dan Korea Selatan (105,000).

Raja Nazrin bertitah destinasi utama adalah Amerika Syarikat, United Kingdom dan Peranics.

Baginda bertitah keadaan ini telah menjadikan pendidikan sebagai satu pasaran yang menguntungkan dengan negara-negara utama yang mengeksport pendidikan mengaut berbilion dolar setiap tahun.

Bagaimanapun, menurut baginda walaupun dengan kemasukan tunai, sejumlah besar isu tetap tidak dapat diselesaikan bagi negara-negara yang menghantar dan menerima termasuk prinsip 'user-pays' yang menyebabkan kurangnya pelaburan di dalam pendidikan.

"Ia menyebabkan satu bilangan yang agak besar bagi mereka yang mahu mendapatkan pendidikan peringkat tinggi tetapi tidak berkemampuan sementara terdapat mereka yang mampu mendapatkan pendidikan sedemikian tetapi tidak mempunyai insentif untuk melanjutkan pengajian, yang sekurang-kurangnya berkaitan dengan tahap kehendak sosial," titah baginda.

Raja Nazrin menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab para profesional kemajuan pendidikan untuk membantu mewujudkan satu persekitaran institusi yang membolehkan usaha itu dicapai sehingga sampai ke satu peringkat di mana kecemerlangan tidak perlu terjejas akibat kekangan kewangan.
 
Sumber

Berfikir nak berniaga sendiri?

MENJALANKAN perniagaan sendiri amat menarik dan mendatangkan kepuasan. Ia mungkin cara terbaik untuk meraihkan pendapatan, terutamanya jika anda mempunyai kemahiran mudah dijual, idea inovatif atau minat yang boleh mengubahkan kepada perniagaan yang menguntungkan.

Bagaimanapun, adalah penting bertanya pada diri sendiri kenapa anda mahu lakukannya. Bukan semua orang mampu lakukannya.

Harus diingat bahawa anda mungkin akan berasa keseorangan sebagai seorang majikan dan anda mungkin menempuhi pelbagai cabaran untuk memulakannya; anda mungkin akan bekerja untuk tempoh masa yang panjang, kendalikan kertas kerja dan pengawalan serta tahu melakukan apa jua kerja untuk memulakan usaha niaga baru.

Oleh itu, jika anda yakin anda mempunyai rancangan perniagaan yang mantap, sumber sewajarnya dan keazaman untuk berjaya, mengapa tidak mencuba?

Saya telah mengumpulkan 10 petua utama yang tersenarai di bawah untuk dipertimbangkan mereka yang berhasrat untuk menjadi bakal usahawan sebelum memulakan perniagaan:

1. Menyelidik pasaran. Tinjau sama ada para pelanggan akan membeli apa yang anda tawarkan, dan gunakan maklum balas untuk meningkatkan mutu produk atau perkhidmatan anda.

2. Merangka rancangan perniagaan. Terangkan perniagaan anda, bagaimana ia akan beroperasi dan pembiayaan untuk dua tahun pertama. Rujuk kepada akauntan bertauliah anda sekiranya anda memerlukan bantuan merangkakan rancangan perniagaan. Dia juga mampu menasihatkan anda tentang struktur yang sesuai untuk perniagaan anda. Pengawalan dan kos memulakan sebuah perniagaan boleh menjadi kompleks dan tidak menyenangkan. Dapatkan seorang pakar untuk membantu anda. .

3. Mengumpulkan pembiayaan jika perlu dan bersedia untuk menghadapi kontingensi. Kekurangan pembiayaan biasanya mengundangkan prestasi yang lemah pada awalnya. Ini kerana penubuhan selalunya mengambil masa yang lebih lama, anda juga perlu memastikan kewangan anda berkeadaan fleksibel.

4. Memilih kakitangan yang betul. Melainkan anda merancang untuk bekerja berseorangan, pilih calon pekerja yang terbaik anda mampu gaji. Mereka mungkin sanggup bekerja untuk gaji yang lebih rendah berbanding kadar pasaran pada awalnya mereka diyakini potensi pertumbuhan perniagaan itu. Pertimbangkan skim pilihan perkongsian untuk menarik kakitangan yang terbaik dan memberi motivasi kepada mereka untuk bekerja mencapai matlamat perniagaan.

5. Mencari seorang mentor. Ia juga membantu untuk mempunyai seseorang di sisi anda untuk dapatkan idea. Belajar dari para pelanggan dan pembekal dan bertanyakan pendapat akauntan bertauliah dan penasihat yang lain.

6. Memastikan anda memiliki maklumat kewangan yang betul. Ini penting, bukan sekadar memahami prestasi perdagangan. Mulakan rekod dari awal, gunakan perisian jika anda selesa dengannya. Upah seorang penyimpan kira-kira atau membincang dengan akauntan bertauliah anda mengenai penyumberan luar perkhidmatan perakaunan.

7. Memantau penunjuk prestasi utama. Pastikan anda mempunyai data yang betul, seperti pendapatan, margin kasar, overhed, kos pembiayaan, keuntungan bersih, aliran tunai dan modal kerja, secara harian, bulanan dan tahunan.

8. Memberi perhatian terhadap kemungkinan dan bahaya. Jangan sesekali endah peluang mengubah haluan perniagaan dalam arah yang berbeza jika anda melihat potensi di tempat lain atau apabila timbul masalah. Bersedia untuk menghadapi pesaing dalam keadaan sukar dan mendengar para pelanggan, pembekal dan pekerja anda.

9. Belajar. Serap semua yang anda mampu daripada pengalaman menjadi seorang usahawan dan orang lain di sekitar anda, dan - tidak ketinggalan - belajar daripada kesilapan anda.

10. Mengurangkan peluang kegagalan. Buat sesuatu yang anda sudah tahu, atau menggaji orang yang berpengalaman dalam sektor berkenaan. Uruskan overhed dan modal kerja. Lantik akauntan bertauliah yang berpengalaman sebelum melancarkan perusahaan baru.

Sumber

13,000 guru tambahan BM, BI

KUALA LUMPUR 21 Mac - Penambahan bilangan waktu mengajar subjek Bahasa Inggeris di sekolah, menengah dan matrikulasi adalah satu usaha molek agar masa belajar bersama guru-murid dalam pengajaran dan pembelajaran (P & P) Bahasa Inggeris dipertingkatkan dan diperkemas.

Menurut sumber di Kementerian Pelajaran ketika dihubungi di sini hari ini, selari dengan penambahan jumlah waktu Bahasa Inggeris, Kementerian Pelajaran akan menambah guru Bahasa Inggeris sebanyak 13,000 orang dengan pengambilan guru dari Institut Perguruan Malaysia (IPGM), institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS).

Selain itu, pengambilan guru bersara dan guru dari luar negara yang akan ditempatkan di luar bandar akan dapat membantu memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid.

Satu lagi usaha yang positif oleh KPM adalah dengan tambahan guru penolong bagi membantu guru bahasa bagi kelas yang bilangan murid melebihi 35 orang di tahap satu dan tahap dua, tambah sumber tersebut.
Dengan adanya guru penolong, bebanan guru Bahasa Inggeris dalam pengendalian kelas akan dikurangkan dan tumpuan pada pengajaran dan pembelajaran akan dapat dipertingkatkan.

Pihak kementerian juga akan menambah baik fungsi dan peranan makmal komputer di sekolah selaras dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran bahasa.

KPM juga akan meningkatkan penggunaan perisian, perkakasan komputer dan pengaplikasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Di samping itu, KPM dijangka memperkukuhkan perkongsian pintar antara KPM dengan agensi luar, seperti British Council, Suruhanjaya Tinggi Australia dan Malaysia America Culture and Education Exchange (MACEE) untuk meningkatkan pengetahuan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris.

Sumber

Pendekatan modular

KUALA LUMPUR 21 Mac - Sekolah dijangka menggunakan pendekatan modular dalam pembaharuan yang akan dilaksanakan bagi memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Pendekatan modular bagi kedua-dua bahasa ini akan memberi fokus dan menitikberatkan penguasaan literasi asas kemahiran bahasa dalam kalangan murid.

Kenyataan akhbar kepada Utusan Malaysia baru-baru ini memberitahu, pendekatan modular mengambil kira kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bersepadu, seimbang dan holistik.

Setiap komponen dalam kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis mempunyai modulnya yang tersendiri, serta disokong dengan modul tatabahasa dan modul seni bahasa.

''Seperkara lagi yang diberi penekanan untuk memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkasakan bahasa Inggeris adalah dengan memberi tumpuan kepada prinsip asas bahasa (back to basic)," ujar kenyataan tersebut.

Asas bahasa yang kukuh merupakan elemen terpenting bagi pembelajaran yang berkesan.

Kurikulum kedua-dua bahasa tersebut akan menitikberatkan pengukuhan penguasaan asas bahasa. Sebagai contoh, bagi pengukuhan penguasaan asas bahasa Inggeris akan dilakukan dengan memberi penekanan kepada phonics.

Pengenalan sistem bunyi yang dilakukan secara berstruktur dan sistematik melalui phonics berupaya memantapkan penguasaan asas bahasa murid.

Di samping perkara yang disebut tadi, pendekatan didik hibur dan menghargai bahasa akan diberi perhatian dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkasakan bahasa Inggeris.

Sebagai contoh, pengajaran dan pembelajaran melalui modul seni bahasa akan memberi tumpuan dan penekanan kepada pembelajaran yang menarik, kreatif, inovatif dan berkesan yang boleh dilakukan melalui pelbagai aktiviti berbahasa seperti nyanyian, berlakon, berpuisi, pengucapan awam, jazz chants, choral speaking, drama dan muzik.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran ini membolehkan murid belajar dalam suasana yang menyeronokkan, selesa dan tiada tekanan.

Sumber

Imbangi siswa lelaki, wanita

JOHOR BAHRU 21 Mac – Kementerian Pengajian Tinggi akan mengambil langkah sewajarnya bagi mengimbangi jumlah mahasiswa lelaki dan wanita di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ketika ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sekarang ini mahasiswa dan penuntut lelaki di kebanyakan IPTA hanya berjumlah antara 25 hingga 30 peratus kecuali di politeknik yang menyaksikan pelajar lelaki melebihi pelajar wanita.

“Ini adalah realiti sekarang dengan pelajar wanita lebih ramai daripada pelajar lelaki. Namun ia bukan hanya berlaku di negara ini kerana ia menjadi masalah sejagat.

“Keadaan tersebut juga menjadi salah satu sebab mengapa pihak kementerian memberi penekanan kepada kursus teknikal dan vokasional supaya dapat menarik lebih ramai pelajar lelaki menyertainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutupan Program Operasi Khidmat Masyarakat (Opkim) yang melibatkan tiga buah sekolah di Parlimen Pasir Gudang di sini hari ini.

Seramai 100 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang 1, 2 dan 3 menyertai program dua hari satu malam itu yang bermula semalam.

Program tahunan tersebut merupakan anjuran Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Fakulti Pergigian Universiti 
Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang dijalankan serentak di 26 daerah di negeri ini.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Gerakan Belia 4B Johor, Amran Arsat yang juga Pengerusi 4B Pasir Gudang.

Tambah Mohamed Khaled, penekanan terhadap kursus vokasional juga dilihat mampu dijadikan salah satu medium berguna untuk mengimbangi bilangan pelajar lelaki dan wanita di universiti.

“Tidak kira bagaimanapun, kita mahu apa yang mereka pelajari baik di universiti mahupun di politeknik diaplikasikan dengan sebaik mungkin bagi membantu masyarakat,” katanya.

Sumber

Pengusaha produk pelancongan perlu lebih kreatif

MUAR 21 Mac - Para pengusaha produk pelancongan terutama di luar bandar perlu mengambil kesempatan daripada kemasukan pelancong Singapura pada setiap hujung minggu dengan menyediakan barangan atau perkhidmatan yang lebih kreatif.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, usaha itu perlu dilakukan bagi memastikan para pelancong terlibat bukan sahaja akan berbelanja lebih malah sanggup bermalam di destinasi menarik di negara ini.

Berdasarkan perangkaan katanya, hampir 40 peratus pelancong luar negara yang direkodkan adalah dari Singapura dan kelazimannya mereka berada di negara ini pada Jumaat, Sabtu dan Ahad.
"Pelancong Singapura suka berkunjung ke kawasan luar bandar kerana mereka sudah biasa dengan kawasan bandar besar.

"Saya dapat melihat potensi bandar Muar dalam menarik pelancong Singapura melalui kekayaan warisannya dan alam semula jadi yang cantik," katanya pada sidang akhbar di Tanjung Emas di sini hari ini.

Terdahulu, beliau diiringi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar (MPM), Abd. Wahab Ridwan dan Pengarah Tourism Malaysia Johor, Noridah Kamarudin membuat tinjauan terhadap projek penyelenggaraan taman-taman rekreasi di daerah ini yang menerima Pakej Rangsangan Ekonomi Kementerian Pelancongan.

Beliau turut meluangkan masa menaiki bot rekreasi yang menyusuri Sungai Muar di samping dihiburkan dengan tarian kuda kepang dan barongan daripada penduduk tempatan.

Menurut Yen Yen, beliau berharap aktiviti pelancongan di daerah Muar dapat dirancakkan menerusi tumpuan terhadap tarikan-tarikan yang unik di sini.

"Saya mengucapkan tahniah kepada MPM kerana melakukan inisiatif seperti mengadakan papan tanda, melabelkan spesies pokok dan juga mengadakan promosi berterusan.

''Apa yang Muar perlukan kini adalah sebuah Pusat Informasi Pelancongan yang dapat menyalurkan maklumat kepada pelancong dan menghubungkan mereka kepada pengusaha produk pelancongan," katanya.

Sementara itu, Yen Yen memberitahu, beliau berpuas hati dengan pelaksanaan projek penyelenggaraan taman-taman rekreasi di daerah ini.

"Peruntukan sebanyak RM810,000 telah dikeluarkan bagi membiayai empat buah projek di daerah ini dan ia berjaya dilaksanakan," katanya.

Sumber

NUTP leaders meet ministry over teachers' grouses

PETALING JAYA: Leaders from the National Union of the Teaching Profession (NUTP) have met with the Education Ministry over grievances brought up during its recent conference.
NUTP secretary-general Lok Yim Pheng said Education director-general Tan Sri Alimuddin Mohd Dom met the leaders last week.
“We thank the director-general for the quick move to settle our problems,” she said in a statement.
Lok said NUTP leaders would be given more opportunities to discuss the problems during an upcoming meeting with state education directors.
She said Alimuddin would also have a meeting with the NUTP exco next month.
Lok had earlier said that teachers wanted a meeting with Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, who is the Education Minister, over grievances such as irrelevant work, transfer of senior teachers to rural schools and being forced to return to school on weekends.
She said this was important as the profession had been dogged by several matters which could have been resolved long ago.

Source 

Tuesday, March 30, 2010

Presma: Hanya 180 Rakyat Tempatan Mohon Kerja Sebagai Pembantu Restoran

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Hanya 180 rakyat tempatan membuat permohonan untuk mengisi 25,000 kekosongan jawatan sebagai pembantu restoran yang ditawarkan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma).

Timbalan Presiden Presma Kadhar Shah Abdul Razak berkata daripada permohonan itu, 40 warga tempatan telah diterima bekerja dan bilangan itu amat kecil berbanding jumlah sebenar yang diperlukan oleh 7,000 restoran di bawah naungan persatuan itu.

Beliau berkata Presma sememangnya berharap kesemua 25,000 jawatan yang ditawarkan dapat diisi rakyat tempatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing selaras dengan dasar kerajaan.

"Kita sudah gantung banner di semua rangkaian restoran ahli kita seluruh negara, mereka boleh datang terus untuk temuduga di restoran cawangan, tidak perlu datang ke Kuala Lumpur dan sebagainya.

"Mereka tidak perlu fikir tentang kemudahan untuk pergi temuduga, datang sahaja ke cawangan restoran dan isi borang, tapi sekarang sambutan tidak sampai satu peratus pun," katanya dalam sidang media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Pemuda Umno, Presma dan Reach Org Sdn Bhd bagi mengatasi masalah golongan merempat di bandar di sini hari Isnin.

Pada 10 Feb lepas, Presma telah menawarkan 25,000 peluang pekerjaan sebagai pembantu restoran di seluruh negara kepada warga tempatan dengan tawaran gaji yang menarik termasuk menikmati kemudahan yang termaktub dalam undang-undang buruh.

Kadhar Shah berkata antara punca utama pekerja tempatan tidak berminat untuk bekerja sebagai pembantu restoran adalah kerana tidak tahan dengan tekanan pelanggan yang dihadapi semasa bekerja.

Sementara itu, Exco Pemuda Umno Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata menerusi MoU itu, pihaknya akan bekerjasama dengan Presma dan Reach Org bagi membantu golongan merempat di bandar-bandar seluruh negara dengan memberi pendedahan kepada mereka tentang peluang pekerjaan.

"Mereka ini sebenarnya mahu bekerja cuma mereka tidak tahu macam mana, kita akan mendekati mereka dan cuba dedahkan mereka dengan pelbagai peluang pekerjaan termasuk yang ditawarkan oleh Presma," katanya.

Terdapat kira-kira 20,000 golongan merempat yang tiada tempat tinggal dan pekerjaan di seluruh negara dengan majoriti daripadanya berusia 30 tahun dan ke bawah.

Sumber

Rakyat Malaysia Masuk Lebih 51 Gram Gula Dalam Minuman Sehari

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Orang dewasa di negara ini didapati memasukkan tujuh sudu teh atau 51 gram gula sehari dalam minuman mereka, iaitu melebihi saranan pengambilan gula yang disyorkan oleh badan kesihatan dunia.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pengambilan gula dalam minuman itu melebihi saranan tidak lebih 50 gram atau 10 peratus daripada keperluan tenaga harian yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

"Ini belum lagi ditambah dengan gula yang dijadikan ramuan dalam kuih-muih, bubur, kek, ais krim, coklat dan sapuan roti yang kita makan setiap hari," katanya ketika berucap merasmikan Kempen Kurangkan Pengambilan Gula 2010 di sini pada Ahad.

Kempen selama enam bulan itu turut dijayakan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Liow berkata individu perlu menaiki tangga setinggi 14 tingkat untuk membakar 20 kilokalori tenaga yang dibekalkan dalam satu sudu teh gula.

"Bayangkan, kita perlu menaiki tangga setinggi 98 tingkat jika mengambil tujuh sudu teh gula yang membekalkan 140 kilokalori tenaga sehari," katanya.

Liow berkata masyarakat perlu menyedari pengambilan gula yang banyak tanpa diiringi aktiviti fizikal yang seimbang dan bersesuaian akan menyebabkan individu mengalami kegemukan atau obesiti dalam jangka masa panjang.

Kajian kementerian itu juga mendapati orang dewasa yang berlebihan berat badan telah meningkat hampir dua kali ganda iaitu daripada 16 peratus pada 1996 kepada 29.1 peratus pada 2006, katanya.

"Manakala orang dewasa yang obes pula meningkat tiga kali ganda daripada 4.4 peratus pada 1996 kepada 14 peratus pada 2006 dan mendapati pesakit diabetes di kalangan penduduk berumur 30 tahun ke atas meningkat 8.3 peratus kepada 14.9 peratus dalam tempoh yang sama," katanya.

Beliau berkata kerajaan juga telah mengadakan rundingan dengan industri makanan untuk menghasilkan produk makanan dan minuman yang kurang gula supaya masyarakat dapat menikmati gaya hidup yang lebih sihat.
 
Sumber

NUTP leaders meet ministry over teachers’ grouses

PETALING JAYA: Leaders from the National Union of the Teaching Profession (NUTP) have met with the Education Ministry over grievances brought up during its recent conference.
NUTP secretary-general Lok Yim Pheng said Education director-general Tan Sri Alimuddin Mohd Dom met the leaders last week.
“We thank the director-general for the quick move to settle our problems,” she said in a statement.
Lok said NUTP leaders would be given more opportunities to discuss the problems during an upcoming meeting with state education directors.
She said Alimuddin would also have a meeting with the NUTP exco next month.
Lok had earlier said that teachers wanted a meeting with Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, who is the Education Minister, over grievances such as irrelevant work, transfer of senior teachers to rural schools and being forced to return to school on weekends.
She said this was important as the profession had been dogged by several matters which could have been resolved long ago.

Source 

Be more innovative and creative, tourism players told

MUAR: Players in the tourism industry have been urged to be more innovative and creative in exploiting and capitalising on products that are unique to their areas.
Tourism Minister Datuk Seri Dr Ng Yen Yen said every product, no matter how small, had the potential to attract visitors and tourists.
She said the players, including the relevant departments, should also know how to promote and sell the products in an attractive package.
“Take Muar, for example, which has a beautiful river, beautiful old buildings as well as old trees which add beauty to the town’s scenery.
“The river, the buildings and the trees have a certain heritage and we can promote them in our tourism packages,” she said yesterday.
Dr Ng said the town was also popular for its food such as satay, mee bandung and asam pedas and players could promote Muar as a food destination. She said Muar was also the only district in the country which had a Barongan dance group.
She said the group, from Kampung Parit Bugis in Sungai Balang, could be engaged to perform at Tanjung Emas near the estuary during weekends.
Dr Ng said these initiatives would add value to the tourism industry.

Source
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/3/22/nation/5907517&sec=nation

Monday, March 29, 2010

Tambahan Waktu Untuk Mata Pelajaran BM Dan BI Mulai 2011

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Kabinet telah memutuskan supaya masa pembelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dipanjangkan mulai sesi persekolahan 2011, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata keputusan itu, yang dibuat pada mesyuarat Kabinet semalam, adalah selaras dengan usaha untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI) di kalangan pelajar sekolah berikutan pemansuhan pengajian dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris tahun sudah.

Bagaimanapun beliau berkata masa persekolahan tidak akan dipanjangkan, tetapi akan diolah menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan untuk pelajar.

"Kita akan buat pengubahsuaian dari segi kokurikulum selaras dengan perubahan-perubahan tersebut," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) ke-29 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini pada Sabtu.

Masa pembelajaran untuk Bahasa Malaysia (BM) di sekolah rendah dan menengah kebangsaan bagaimanapun akan kekal pada 240 minit seminggu tetapi bagi pembelajaran Bahasa Inggeris (BI) akan ditambah kepada 330 minit seminggu daripada 240 minit yang dipraktikkan sekarang.

Di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil dan Cina), sesi pembelajaran untuk BM akan ditambah dari 270 minit kepada 330 minit seminggu.

Bagi BI, ia akan ditambah menjadi 120 minit seminggu daripada hanya 60 minit.

Mengenai bahan bacaan terhad yang dilaporkan berlaku di perpustakaan sekolah, Muhyiddin menyarankan supaya lebih banyak badan korporat turut menderma buku kepada perpustakaan sekolah sebagai sebahagian tanggungjawab sosial mereka.

Terdahulu dalam ucapannya, Timbalan Perdana Menteri menyarankan supaya pihak pengajur pesta buku tersebut meningkatkan status mereka hingga setanding dengan Pesta Buku Frankfurt yang terbesar di dunia.

"Saya sarankan supaya PBAKL diangkat statusnya, dianjakkan fokusnya dan dijadikan Pusat Perdagangan Industri Buku sekurang-kurangnya bagi rantau Asia dalam jangka masa 10 tahun akan datang," katanya.

Beliau yakin sasaran itu dapat dicapai memandangkan nilai dagangan tunai PBAKL 2009 dianggarkan mencecah RM20 juta.

Oleh itu katanya, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia perlu bersedia untuk menjadi agensi peneraju kepada industri buku negara bagi mencapai hasrat tersebut.

"Saya mengutarakan cadangan ini kerana percaya bahawa PBAKL menpunyai potensi tinggi untuk berkembang dengan lebih maju," katanya.

Ketua Pengarah Pelajaran yang juga Pengerusi PBAKL, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata pesta kali ini disertai oleh 202 syarikat luar dan dalam negeri dengan jumlah 856 gerai.

Katanya pesta 10 hari itu yang akan berlangsung hingga 28 Mac dijangka menarik 1.5 juta pengunjung.
 
Sumber
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=483921

Monday, March 22, 2010

More English classes for all schools, says DPM

KUALA LUMPUR: All schools will have increased hours of English lessons per week by 2011.

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said all Chinese and Tamil schools would have also extra Bahasa Malaysia lessons per week in addition to increased English classes.

"The Cabinet agreed to the move in our weekly meeting on Friday," he told reporters after launching the KL International Book Fair at PWTC here on Saturday.

Muhyiddin, who is also Education Minister, said the increased hours of language lessons would not involve an extension to existing school hours.

Source

Low salary, high costs of living not reason for corruption

PUTRAJAYA: Low salary scales and high cost of living are not the main factor for corruption among the support group in the civil service, according to a survey by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).

On the contrary, corruption is caused by individuals' own weaknesses such as greed and having the desire to live in wealth and luxury despite not having the means to attain them.

Internal shortcomings in an organisation such as weak leadership, opaque system and procedure, the existence of bureaucratic red tapes and extensive discretionary powers open up the opportunities for corruption.

Is corruption on the rise among civil servants?

MACC corporate communications director Datuk Ahmad Khusairi Yahaya said there was a decline in the number of corruption involving the group in 2007, 2008 and last year.

This, he said, showed that the level of integrity and awareness among civil servants on the scourge of corruption and their responsibility in battling corruption were on the increase.

In 2007, a total of 591 people were arrested for corruption. Of the total, 51% or 303 were members of the civil service.

The number decreased to 282 civil servants or 47% of the total number of arrests of 605 in 2008.

There was a sharp decline last year when only 194 or 39 per cent of 500 people arrested were civil servants.
Statistics also showed that the number of corruption charges against civil servants were on the decline in the past three years.

In 2007, 133 charges were brought against civil servants. The number went down to 104 in 2008 and further declined to 90 last year.

Among the reasons for this were the success of programmes introduced by the government and awareness campaign by MACC community education division.

The implementation of corruption prevention modules in induction courses, promotion of officers and the introduction of government policies including on public delivery system and the setting up of Good Governance Committee contributed to the better figure.

Following an increase in awareness, members of the civil service were becoming more forthcoming in reporting offer of bribes, leading to the arrest of bribe givers, Ahmad Khusairi said.

For instance, he said, in 2007, a total of 89 civil servants came forward to report bribe offers. In 2008 and last year respectively, there were 81 and 79 officers who reported attempts to bribe them.

Ahmad Khusairi said between January and this month this year, 14 civil servants came forward to report bribery attempts.

"This is an encouraging trend. Integrity, which the government is trying to imbibe among the civil servants, is becoming a reality," he said.

In line with this development, he said, the MACC would carry out a massive anti-corruption campaign to nab those who tried to bribe civil servants.

Civil servants would also be constantly reminded of their obligation to report corruption under Section 25(1) of the MACC Act, failing which they could be fined up to RM100,000 or jail not more than 10 years or both upon conviction, Ahmad Khusairi said.

He warned the public not to attempt to bribe civil servants.

"The law will come down hard on them, including a jail term of up to 20 years and a fine of not less than five times the amount of bribe or RM10,000 whichever is higher," he said. - BERNAMA 

Source