ALOHA KKLK

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selamat datang ke blog Aloha KKLK.

Untuk makluman para pengunjung, maklumat yang dipaparkan adalah untuk kegunaan para pelajar, kakitangan dan masyarakat setempat.

Para pengunjung juga digalakkan menyumbang sebarang artikel yang dapat memberikan manfaat kepada semua.

Jika anda berminat untuk menyumbang sebarang artikel,

sila email artikel anda di
info.kklk@yahoo.com

Friday, March 19, 2010

Cuepacs Gesa Kaji Punca Rasuah Di Kalangan Penjawat Awam

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Cuepacs Rabu menggesa supaya kerajaan menjalankan satu kajian bagi mencari punca penjawat awam, terutama mereka yang berada dalam kumpulan sokongan, terbabit dalam rasuah.

Setiausaha Agungnya Ahmad Shah Mohd Zin berkata pemerhatian Cuepacs sejak beberapa tahun lepas mendapati bahawa skala gaji yang rendah dan kos sara hidup yang tinggi mungkin menjadi antara faktor penjawat awam terlibat dengan rasuah.

Beliau berkata demikian semasa mengulas kenyataan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Zakaria Jaafar, bahawa penjawat awam merupakan kumpulan tertinggi yang terbabit dengan rasuah tahun lepas.

Daripada 191 penjawat awam yang disyaki terbabit, 160 daripadanya adalah dari kumpulan sokongan.

Ahmad Shah memberitahu Bernama bahawa mungkin ada banyak lagi sebab lain mengapa rasuah wujud dalam perkhidmatan awam, dan adalah penting bagi kerajaan mencari punca sebenar gejala ini dan mengambil langkah mengatasinya dengan segera.

"Cuepacs tidak pernah menyokong amalan rasuah, dan sentiasa menasihatkan penjawat awam supaya melaporkan kepada ketua jabatan masing-masing sekiranya mereka ditawar dengan rasuah," katanya.

Ahmad Shah berkata pemerhatian mendapati bahawa skala gaji penjawat awam, terutama dalam kumpulan "petugas penguatkuasaan" dalam negara amat rendah berbanding negara lain.

Beliau memberi contoh seorang konstable di Taiwan dibayar gaji RM14,000 sebulan berbanding RM800 hingga RM1,200 di Malaysia.
 
Sumber

No comments:

Post a Comment