PUTRAJAYA, 9 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
berkata penjawat awam perlu menerima kenyataan bahawa berkhidmat untuk
rakyat sama seperti berkhidmat untuk sebuah keluarga yang besar.
"Maksud saya, janganlah ada budaya dan mentaliti keterpisahan antara penjawat awam dan rakyat yang selama ini hanya dianggap sebagai pelanggan.
"Saya mahu penjawat awam dan rakyat yang dikhidmati menjadi sebagai satu keluarga besar. Dalam erti kata lain, khidmat yang diberi hendaklah mencerminkan kesungguhan seperti mana kita ingin memberi yang terbaik kepada keluarga sendiri.
"Pastinya nanti laungan Rakyat Didahulukan tiba pada maknanya," katanya pada majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesebelas (MAPPA XI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pada Selasa.
Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Najib berkata beliau juga tidak mahu ada mentaliti silo dalam perkhidmatan di mana penjawat awam melihat kepentingan yang terhad kepada jabatan, agensi dan kementerian mereka sahaja.
"Sepatutnya, budaya bekerja sebagai satu pasukan dan saf yang kukuh hendaklah merentasi silo atau kokun masing-masing demi kepentingan rakyat.
"Barulah nanti kerajaan akan dapat menunaikan amanahnya untuk memberi khidmat kepada rakyat secara tuntas," katanya.
Katanya empat tiang utama dan empat nilai asas sebagai pelengkap yang merupakan lapan tonggak perdana pentadbiran beliau adalah saling melengkapi antara satu sama lain.
"InsyaAllah, jika lapan tonggak perdana ini dijunjung dan dipegang erat, ia akan memandu para penjawat awam, rakyat dan negara ke arah masa depan yang kita cita-citakan bersama," katanya.
Empat tiang utama itu ialah gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Program Transformasi Kerajaan dan dua inisiatif ekonomi bagi memeta hala tuju jangka panjang, sederhana dan jangka pendek negara iaitu Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10.
Empat nilai asas pelengkap itu pula ialah Membudayakan Kreativiti dan Inovasi, Mementingkan Kepantasan bertindak dan membuat keputusan, nilai untuk wang dan Nilai Integriti.

Sumber
No comments:
Post a Comment