KUALA PILAH, 14 Mac (Bernama) -- Kolej kejururawatan di negara ini digalak
menyediakan pengajian peringkat ijazah berbanding kursus peringkat diploma yang
ditawarkan kepada pelatih pada masa ini.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata jururawat yang mempunyai ijazah boleh dinaikkan pangkat serta mengatasi kekurangan jururawat di hospital kerajaan.
"Biasanya jururawat lepasan diploma dengan gred U29 berkhidmat di wad tetapi apabila dinaikkan pangkat, mereka ditempatkan di bahagian pengurusan dan ini mengakibatkan berlakunya kekosongan di wad," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Tuanku Ampuan Najihah di sini pada Ahad.
"Tetapi dengan adanya jururawat berijazah dengan gred U41, kita harap mengekalkan jururawat ini berkhidmat di wad dan ini akan dapat mengelak berlaku kekosongan di wad," katanya.
Katanya kini terdapat 90 buah kolej kejururawatan di seluruh negara di mana 17 adalah milik kerajaan. Kolej kejururawatan ini melahirkan 8,000 jururawat bertauliah pada setiap tahun.
"Sekarang terdapat 80,000 jururawat di seluruh negara dan 75 peratus adalah mereka yang berkhidmat dengan kerajaan. Nisbah jururawat dan penduduk di negara ini sekarang ialah 1:329. Menjelang tahun 2015, kita mensasarkan mencapai nisbah 1:200," katanya.

Sumber
No comments:
Post a Comment