KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam
(Cuepacs) menuntut kakitangan awam diberi bayaran tunai untuk kerja
lebih masa berbanding diberi cuti rehat.
Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata hampir
50,000 kakitangan sokongan dari pelbagai jabatan kerajaan dan badan
berkanun diberi cuti rehat untuk kerja lebih masa sejak Disember tahun
lalu.
Katanya, untuk setiap lapan jam kerja lebih masa mereka akan diberi satu hari cuti.
"Kami menganggap ia satu ekspoitasi, dan mahu kerajaan membuat
tindakan segera untuk menghentikan amalan ini kerana ia akan
melunturkan semangat pekerja dan menjejaskan produktiviti mereka,"
katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, Cuepacs akan mengadakan pertemuan dengan Ketua
Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, dan Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, untuk menyelesaikan isu itu.
Bernama difahamkan langkah sedemikian dilaksanakan untuk
"mengurangkan kos" dan juga untuk "meningkatkan sistem penyampaian
perkhidmatan" jabatan berkenaan.
Seorang
ketua jabatan berkata, sasaran kerja kini adalah lebih tinggi dan
memerlukan kerjasama kakitangan untuk bekerja lebih masa.
Katanya, disebabkan peruntukan untuk kerja lebih masa tidak mencukupi, jabatan memperkenalkan sistem menawarkan cuti.
"Kecuali untuk beberapa orang pekerja, kebanyakan daripada
mereka bersetuju dengan peraturan itu kerana mahu mencapai sasaran
kerja yang ditetapkan dan meningkatkan sistem penyampaian sejajar
dengan dasar kerajaan sekarang," katanya. - Bernama
Sumber
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20100210151711/Article/index_html
No comments:
Post a Comment