![]() |
ARIS Othman (dua dari kiri)
melihat Richard Jewsbury (tengah) dan Kavin Martinus (kanan) memotong
kek di Sepang, semalam. Hadir sama pada majlis itu ialah Bashir Ahmad.
|
SEPANG 1 Feb. – Terminal Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) yang sedang dalam pembinaan bukan eksklusif untuk AirAsia Bhd.
Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB), Tan Sri Bashir Ahmad berkata, sebaliknya semua syarikat penerbangan tambang murah yang beroperasi di KLIA boleh menggunakannya.
‘‘MAHB tidak akan mewajibkan penggunaan LCCT yang baru kepada syarikat-syarikat penerbangan tambang murah.
‘‘Kita tidak ada mengenakan sebarang peraturan berhubung penggunaan LCCT,’’ katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis sambutan penerbangan terus pertama Emirates dari Kuala Lumpur ke Melbourne di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Hadir sama ialah Pengerusi MAHB, Tan Sri Dr. Aris Othman. Naib Presiden Kanan Emirates (Timur Jauh, Australasia), Richard Jewsbury dan Pengurus Emirates untuk Malaysia, Kavin Martinus.
Ini kerana, katanya, seperti sekarang terdapat syarikat penerbangan tambang murah yang menggunakan KLIA untuk menikmati kemudahan yang disediakan.
‘‘Syarikat penerbangan tambang murah mempunyai pilihan... terpulanglah.
‘‘Tetapi seperti di LCCT lama, LCCT baru juga menawarkan perkhidmatan berkos rendah. Contohnya ia tidak memiliki jambatan aero,’’ jelasnya.
MAHB kini sedang dalam proses pembinaan LCCT baru di sebelah
Kompleks Bunga Raya KLIA dengan anggaran kos sebanyak RM2 bilion dan
dijangka siap pada suku ketiga 2011.
Ditanya adakah MAHB masih mengekalkan kos pembinaan sebanyak RM2
bilion itu, Bashir berkata: ‘‘Saya akan mengumumkan mengenainya nanti’’.
Pada awal tahun ini, dua buah syarikat, Gadang Holdings Bhd.
(Gadang) bersama Bukit Jerneh Quarry Sdn. Bhd. (BJO) telah menerima
Surat Penerimaan daripada MAHB bagi cadangan pembinaan LCCT di KLIA.
Kedua-dua syarikat itu telah menerima surat bagi melaksanakan
persediaan lokasi, kerja-kerja tanah, perparitan utama bagi tiga
landasan kapal terbang dan laluan taksi bagi LCCT baru itu.
Kerja-kerja kontrak itu membabitkan sebanyak RM291.18 juta dan dijangka siap sepenuhnya pada 18 Disember 2010.
Sumber
No comments:
Post a Comment