TAWAU 2 Feb. – Sabah akan mendapat sebuah lagi kolej komuniti dalam
Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), kata Ketua Pengarah Jabatan
Pengajian Kolej Komuniti, Mejar Prof. Madya Kamarudin Kasim hari ini.
Beliau berkata, kolej itu yang bernilai kira-kira RM15 juta akan
dibina di Papar dan akan menawarkan program pengajian berkaitan
industri pelancongan.
"Sabah mempunyai potensi besar dalam bidang pelancongan, terutama di
Kota Kinabalu, dan memerlukan lebih ramai tenaga kerja, terutamanya
dari kalangan rakyat tempatan, yang mahir dalam bidang ini,” katanya
kepada pemberita selepas Majlis Suai Mesra dengan kakitangan Kolej
Komuniti Tawau di sini.
Kamarudin berkata, pemilihan Papar sebagai tapak untuk membina kolej itu berikutan kedudukannya yang tidak jauh dari ibu negeri.
Katanya, kolej itu akan menjadi kolej komuniti ketiga di Sabah selepas di Tawau dan Lahad Datu. – Bernama
Sumber
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_16.htm
No comments:
Post a Comment