KUALA LUMPUR: Cuepacs akan mengemukakan dua tuntutan daripada kerajaan
pada tahun ini, iaitu menyemak kembali gaji kakitangan awam yang sudah
mencecah gred maksimum dan menaikkan pencen kira-kira 450,000 pesara
kerajaan yang berkhidmat kurang 25 tahun.
Presidennya, Omar Osman, berkata hampir separuh daripada kira-kira 1.2 juta kakitangan awam, membabitkan pegawai kumpulan profesional, pengurusan dan kakitangan sokongan di negara ini sudah mencecah gred maksimum.
“Kira-kira 450,000 pesara kerajaan yang berkhidmat kurang 25 tahun juga menerima pencen serendah RM300 sebulan. Ini tidak mencukupi jika mengambil kira kos sara hidup semasa, terutama di bandar. Kadar pencen mereka perlu dinaikkan sekurang-kurangnya kepada RM500.

“Walaupun krisis ekonomi negara belum pulih sepenuhnya, permohonan ini
wajar untuk menambah kuasa membeli, selain meningkatkan kebajikan
kakitangan awam,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau berkata, kadar yang dituntut itu munasabah kerana jumlah minimum pencen pesara yang berkhidmat lebih 25 tahun ketika ini ialah RM720.
Sementara itu, Omar berkata, hampir semua 1.2 juta kakitangan kerajaan memilih menyertai skim pencen berbanding skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Katanya, ramai kakitangan kerajaan tidak memilih skim KWSP kerana
tidak menikmati kemudahan seperti kad persaraan, perubatan percuma di
hospital kerajaan dan faedah persaraan (gratuiti) seperti kakitangan
awam yang memilih skim pencen.
“Jika sebelum ini, ada seramai 70,000 kakitangan kerajaan memilih skim KWSP, tetapi menyedari kebaikan dan kelebihan yang dinikmati menerusi skim pencen, ramai yang sudah menukarnya kepada pencen,” katanya.
Bercakap kepada Bernama, Omar berkata, Cuepacs akan menemui Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam, bulan ini untuk meminta dipertimbangkan pelaksanaan peraturan baru persaraan pilihan penjawat awam.
Beliau berkata, Cuepacs terkejut apabila ditanya anggotanya mengenai perkara itu kerana JPA tidak pernah mengajak pihak itu berbincang mengenainya.
“Sukar bagi kami untuk menjelaskan perkara ini kerana kami (Cuepacs)
tidak tahu mengenainya... ada yang menyangka kami yang membawa
(cadangan perkara itu) kepada kerajaan," katanya.
“Jika sebelum ini, ada seramai 70,000 kakitangan kerajaan memilih skim KWSP, tetapi menyedari kebaikan dan kelebihan yang dinikmati menerusi skim pencen, ramai yang sudah menukarnya kepada pencen,” katanya.
Bercakap kepada Bernama, Omar berkata, Cuepacs akan menemui Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam, bulan ini untuk meminta dipertimbangkan pelaksanaan peraturan baru persaraan pilihan penjawat awam.
Beliau berkata, Cuepacs terkejut apabila ditanya anggotanya mengenai perkara itu kerana JPA tidak pernah mengajak pihak itu berbincang mengenainya.
Beliau mengulas pekeliling JPA pada 25 Januari lalu mengenai persaraan pilihan anggota yang akan diluluskan dengan syarat jika mereka bersetuju dibayar 20 peratus daripada ganjaran atau RM10,000 terlebih dulu, mengikut mana yang lebih ketika bersara pilihan mulai Februari 2010 atau selepasnya.
Sumber
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20100201234240/Article/index_html
No comments:
Post a Comment