ALOHA KKLK

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selamat datang ke blog Aloha KKLK.

Untuk makluman para pengunjung, maklumat yang dipaparkan adalah untuk kegunaan para pelajar, kakitangan dan masyarakat setempat.

Para pengunjung juga digalakkan menyumbang sebarang artikel yang dapat memberikan manfaat kepada semua.

Jika anda berminat untuk menyumbang sebarang artikel,

sila email artikel anda di
info.kklk@yahoo.com

Tuesday, March 9, 2010

Pameran Pelancongan Mei Untuk Galak Pelancongan Domestik

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Pameran Pelancongan Domestik Malaysia 2010 (MDTF'10) akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra dari 14 hingga 16 Mei bertujuan menggalakkan pelancongan dalam negeri.

Timbalan Presiden Majlis Pelancongan Kebangsaan Malaysia (NTCM), Datuk Shamsul Falak Abd. Kadir berkata pameran itu tidak saja berharap dapat menarik pengunjung tempatan tetapi juga masyarakat asing yang tinggal di negara ini.

"Ini tahun kedua kami menganjurkan MDTF. Kami menjangka 25,000 pengunjung ke pameran itu," katanya pada sidang akhbar di sini Rabu.

Shamsul berkata NTCM, yang menganjurkan acara itu, menampilkan ungkapan produk, "Think Local, Plan Local and Go Local."

Bersempena pameran itu, Shamsul berkata mereka juga menganjurkan Pertandingan Cabaran Foto dengan tema "1Malaysia-Communities and Destinations" yang akan dilancarkan pada Mac.

NTCM juga, kata beliau, akan memperkenalkan pameran persiapan perkahwinan, Bridal Tourism Extravaganza.

Shamsul berkata bilangan gerai produk dan perkhidmatan di pameran itu turut bertambah dari 150 tahun lepas ke 250 tahun ini.

Sumber
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=479491

No comments:

Post a Comment