ALOHA KKLK

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selamat datang ke blog Aloha KKLK.

Untuk makluman para pengunjung, maklumat yang dipaparkan adalah untuk kegunaan para pelajar, kakitangan dan masyarakat setempat.

Para pengunjung juga digalakkan menyumbang sebarang artikel yang dapat memberikan manfaat kepada semua.

Jika anda berminat untuk menyumbang sebarang artikel,

sila email artikel anda di
info.kklk@yahoo.com

Sunday, March 7, 2010

Jumlah penganggur di Malaysia 36,000 sehingga Dis 2009

ROMPIN 28 Feb. — Jumlah penganggur di Malaysia dari Oktober 2008 sehingga Disember tahun lepas mencatatkan sebanyak 36,000 orang atau 3.6 peratus daripada jumlah penduduk negara, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan.

Katanya, kebanyakan daripada statistik itu adalah daripada sektor perkilangan ekoran kekurangan pengeksport kerana kemerosotan ekonomi di Amerika Syarikat pada 2008.

Beliau berkata, jumlah tersebut bagaimanapun masih berada dalam kawalan berbanding 84,000 penganggur dicatatkan pada krisis ekonomi Asia dalam tempoh yang sama pada 1997.

"Akibat krisis ekonomi melanda di Amerika Syarikat, ramai buruh-buruh yang terdiri daripada golongan dewasa terpaksa diberhentikan kerja secara sementara.

Syarikat-syarikat dalam sektor perkilangan terpaksa mengecilkan jumlah pengeluaran kerana permintaan yang kurang,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Chap Goh Mei di sini, malam tadi. - Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0228&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_12.htm

No comments:

Post a Comment