ALOHA KKLK

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selamat datang ke blog Aloha KKLK.

Untuk makluman para pengunjung, maklumat yang dipaparkan adalah untuk kegunaan para pelajar, kakitangan dan masyarakat setempat.

Para pengunjung juga digalakkan menyumbang sebarang artikel yang dapat memberikan manfaat kepada semua.

Jika anda berminat untuk menyumbang sebarang artikel,

sila email artikel anda di
info.kklk@yahoo.com

Wednesday, January 20, 2010

Usahawan bumiputera perlu bantu sesama sendiri

ALOR SETAR 18 Jan. – Usahawan bumiputera yang telah berjaya dalam bidang perniagaan disaran membuka ruang dan membantu usahawan Melayu yang lain.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek berkata, ramai usahawan bumiputera yang berjaya dalam sektor swasta dan mereka tidak sepatutnya mementingkan diri sendiri.

“Mereka yang sudah berjaya perlu membantu usahawan- usahawan kecil lain untuk masuk ke dalam sektor tersebut.

“Usahawan bumiputera juga kena lebih berani untuk mengorak langkah dan tidak hanya bergantung pada sektor awam semata-mata dalam mengembangkan perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Ekonomi Kedah di Bangunan Tunku di sini hari ini.

Menurut beliau, bilangan usahawan bumiputera juga telah bertambah di negara ini sekali gus persaingan antara mereka juga semakin hebat.

“Usahawan bumiputera kena bersiap sedia untuk bersaing dengan kawan-kawan sendiri yang turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

“Sebab itu, mereka perlu membuka minda dan punya semangat yang tinggi untuk menembusi sektor swasta,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkata, pihaknya akan berusaha untuk memberi maklumat kepada para usahawan bumiputera melalui konvensyen ekonomi yang akan diadakan oleh gagasan tersebut.
Jelasnya, konvensyen tersebut berkesan untuk memberikan semangat dan mesej positif kepada mereka untuk terus memajukan diri dalam bidang perniagaan.

Sumber
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_28.htm

No comments:

Post a Comment