ALOHA KKLK

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selamat datang ke blog Aloha KKLK.

Untuk makluman para pengunjung, maklumat yang dipaparkan adalah untuk kegunaan para pelajar, kakitangan dan masyarakat setempat.

Para pengunjung juga digalakkan menyumbang sebarang artikel yang dapat memberikan manfaat kepada semua.

Jika anda berminat untuk menyumbang sebarang artikel,

sila email artikel anda di
info.kklk@yahoo.com

Sunday, January 17, 2010

Kumpulan siswa terakhir bagi sekolah rendah


KUALA LUMPUR: Mahasiswa yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) yang akan tamat pengajian antara Jun hingga Ogos tahun ini adalah kumpulan terakhir.

Ia membabitkan 97 mahasiswa di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), 64 di Universiti Malaya dan 95 di Universiti Sains Malaysia (USM) dan kebanyakan mereka kini berada dalam semester terakhir.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Profesor Datuk Radin Umar Radin Sohadi, berkata pengambilan terakhir untuk program itu adalah pada Jun 2006 apabila Kabinet memutuskan Kementerian Pengajian Tinggi hanya menumpukan pada program pengajian pendidikan sekolah menengah, manakala pendidikan sekolah rendah dipelopori oleh Institut Pengajian Guru (IPG) di bawah Kementerian Pelajaran. 
 
Sumber

No comments:

Post a Comment