ALOHA KKLK

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selamat datang ke blog Aloha KKLK.

Untuk makluman para pengunjung, maklumat yang dipaparkan adalah untuk kegunaan para pelajar, kakitangan dan masyarakat setempat.

Para pengunjung juga digalakkan menyumbang sebarang artikel yang dapat memberikan manfaat kepada semua.

Jika anda berminat untuk menyumbang sebarang artikel,

sila email artikel anda di
info.kklk@yahoo.com

Thursday, April 1, 2010

Pekerja kita tidak berdaya tahan - Mukhriz

PUTRAJAYA 25 Mac - Daya tahan pekerja tempatan tidak setanding pekerja asing dari negara jiran, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir hari ini.

"Ia merupakan satu rungutan dari wakil industri dan ia perkara yang merunsingkan kita.

"Ia agak fundamental dan perlu ditangani untuk mengelakkan kita terus bergantungan kepada pekerja asing," katanya kepada media selepas menghadiri Program Outreach Kementeriannya Bersama Institusi Pengajian Tinggi Malaysia di sini.

Katanya, terdapat sebuah kilang yang telah melatih hampir 1,200 pekerja tempatan selama dua minggu tetapi selepas diterima bekerja hampir 1,000 orang tidak hadir.

"Ini merugikan pihak industri selepas memberikan latihan kepada mereka. Gaji telah ditimbangkan tetapi itu juga tidak memadai untuk mereka kekal bekerja," katanya.

Beliau turut melahirkan kegusaran di mana letaknya persepsi cara kerja masyarakat dunia terhadap rakyat Malaysia berbanding rakyat Jepun, Taiwan, dan Korea Selatan yang terkenal dengan ketekunan mereka.

"Malah kini rakyat Vietnam dan Bangladesh mula terkenal dengan persepsi yang baik," katanya lagi.

Ditanya sama ada ia akan menjejaskan pelaburan asing ke dalam negara, Mukhriz berkata, kerajaan mengambil masalah daya tahan pekerja tempatan ini sebagai satu cabaran.

"Banyak faktor yang perlu dilihat mengapa ia berlaku. Gaji mungkin tidak menjadi keutamaan. Mungkin mereka mahukan kebajikan mereka di jaga.
 
"Faktor mobiliti juga perlu dilihat di mana mereka mempunyai banyak pilihan. Perbezaan gaji RM50 pun memungkinkan mereka melompat ke tempat lain," katanya.
 
Sumber

No comments:

Post a Comment